Dua tahun berkahwin, pasti ramai yang menantikan pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk mempunyai cahaya mata mereka sendiri.#
Jelas Puteri Sarah kepada Harian Metro baru-baru ini, sejak beliau mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suami tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.#
Namun, mereka akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa.#
Puteri Sarah pada masa yang sama bersyukur kerana keluarga beliau dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuk beliau mendapatkan anak.@
Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.@
Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.@
Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. @
Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.#
Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.@
Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima.@
Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya.@
ADMIN DAN RAKYAT MALAYSIA DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA...AMINN.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :