1. Pada hari perkahwinan, nampak sangat mimik muka ibu awak tak suka pada saya. Sangat jelas terpancar di wajahnya.
2. Saya sedar, suami diutamakan tetapi ibu bapa saya jangan diabaikan. Awak tidak perlu mendengar hasutan ibu awak. Setahun saya tak jumpa ibu dan ayah saya gara-gara awak mendengar hasutan ibu awak.
"Pergilah esok. Esok kan ada,"
Ingat tak yang bapa saya sakit dan nyawanya 50/50. Namun awak abaikan bapa saya. Saya sedih, saya mohon kepada Allah agar awak menjadi suami seperti orang lain. Tetapi awak tetap tidak berubah. Allah sudah berikan pengajaran, tetapi hati awak hitam.
3. Saya sudah penat menjadi kuli atau hamba abdi untuk menjaga cucu ibu awak. Empat orang cucu, kakak awak duduk asing ronda sana sini. Sakit hati saya melihatnya. Bila pampers habis, terpaksa pakai pampers anak saya. Sudahlah saya tiada duit, terpaksa guna duit ibu saya.
Kakak awak sudahlah bercerai talak tiga, tapi tak failkan di mahkamah. Kemudian ibu awak pandang dosa saya saja. Dosa cakap itu ini. Kakak awak pakai pakaian sendat-sendat, keluar dengan lelaki lain, kahwin cerai, kahwin cerai dah balik kali, dah lafaz cerai tetapi masih tetap bersama dengan bekas suami sampai ada anak.
Awak tahu tak kalau suami tak mengaku itu isteri dengan anak yang dikandung itu jatuh talak? Okaylah, saya tak nak cakap banyak. Saya kan jahat.
4. Ibu awak suka mengutuk menantu dia malas, malas dan malas. Dia tak sedar yang anak perempuan dia sendiri pun malas? Kenapa nak pandang anak orang lain malas?
5. Sejahat-jahat ibu kandung, dia tidak akan menghambakan anaknya sendiri. Bukan seperti kakak awak yang menghambakan ibu tetapi melepaskan tanggungjawab cucunya pada saya. Sayalah yang menjadi pembantu rumah, bak kata ibu awak.
6. Kenapa ibu awak dengki sangat pada saya? Kenapa nak cakap saya hodoh, saya buruk macam hantu langsuir? Sebab ibu awak cemburu bila orang selalu memuji saya di depan anak awak.
"Cantik lagi dia ni,"
Selepas itu, ibu awak kata, "cantik apa? Cuba tengok anak aku, lebih lawa,"
Hanya kerana kes cantik pun nak berdengki? Terimalah kenyataan ciptaan Allah.
7. Ibu awak tak boleh nampak saya keluar rumah sikit. Suka bertanya saya pergi ke mana? Banyak duit? Asyik keluar bagai. Apa awak ingat saya ini hamba abdi ibu awak ke? Duduk saja di rumah, terperap dan tak tahu dunia luar? Sampai sudah bertahun saya tak kenal sesiapa di sini. Mentang-mentang mas kahwin awak yang bayar, ingat jiwa saya dibeli dengan duit saja ke?
8 . Saya benci saya perkara saja, ibu bapa awak, kakak dan adik perempuan awak. Sebab semuanya perangai menyakitkan hati orang. Sumpah saya cakap.
9. Seperkara lagi, awak tahu tak anak kakak awak suka buat anak saya yang bayi ini. Walaupun umur 8 tahun tak kenal erti sakit, tetapi dia dapat rasa. Ketuk kepala anak saya dengan kayu, sepak anak saya dan buat dia seperti bola, cubit kepala anak saya. Bila saya complaint, awak tahu ibu awak kata apa?
"Tak mati pun,"
Tetapi kalau saya cubit cucu kesayangannya, tahu pula dia marah.
"Sakitlah budak ni! Dia bukannya tahu apa pun!"
Awak cakaplah dengan ibu awak, kepala hotak dia budak umur 6 tahun tak tahu sakit apa. Nakal, jahat lagi tu. Lain kali cakap pada ibu awak, semasa mengandung, jagalah mulut, jaga sembahyang. Bukannya pergi kelab semua. Anak jadi perangai jahat. Anak kakak yang seorang saja perangai pelik dan jahat. Suka buat anak orang, tak kisah anak siapa dia buat. Melawan cakap orang, tunjuk-tunjuk lidah. Saya punya anak buah pun tak ada perangai seperti itu. Ini pertama kali saya jumpa.
Ibu awak pula beri alasan. budak-budak nak membesar. Salah sebenarnya, akui sajalah bahawa cara didikan anak itu tidak betul. Akui sahaja ibu bapanya abaikan anak-anak menyebabkan anaknya menjadi tak betul.
10. Terakhir sekali, seandainya awak terbaca post ini, beritahulah ibu awak yang saya sudah penat. Saya kehilangan harta, kasih sayang, ibu dan bapa saya. Awak ingat ya selepas ini, Allah itu maha adil. Kalau awak berada di tempat saya, awak akan tahu betapa sakitnya kehilangan seorang ayah. - Mia | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :