Foto Media Semasa |
JOHOR BAHRU - Gara-gara menegur seorang pelajar lelaki agar tidak membuat bising, H Shalini, 14, cedera di bahagian mata kanan akibat dibaling dengan pembaris plastik yang boleh menyebabkan dia hilang pengelihatan, lapor Harian Metro.
Menurut Shalini, dalam kejadian jam 2.10 petang Isnin lalu, dia yang ketika itu sedang mengikuti kelas seni telah menegur seorang pelajar lelaki kerana membuat bising serta menganggu rakan yang lain. Namun, dia dibaling dengan objek tersebut sehingga menyebabkan matanya berair dan bengkak.
Rakan sekelas memaklumkan kejadian itu kepada guru, namun tiada sebarang tindakan diambil. Guru berkenaan hanya meminta rakannya kembali ke tempat duduk sahaja.
Kejadian yang menimpa Shalini hanya disedari oleh bapa saudara yang datang menjemputnya, terkejut melihat keadaan mata mangsa yang kemerahan.
Shalini dibawa ke klinik, namun tidak diberikan rawatan dan dirujuk terus ke hospital pakar kerana dikhuatiri mata mangsa mengalami jangkitan kuman.
Hasil pemeriksaan mendapati, Shalini disahkan mengalami kecederaan selaput mata kanan, satu sentimeter yang memerlukan dia menjalani pembedahan membuat selaput koyak pada jam 9.30 malam pada hari yang sama. Shalini juga dinasihatkan untuk menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh sebulan bagi memasukkan silikon selaput mata.
Bapa saudaranya, Dr KM Letchmighandan bimbang Shalini akan hilang pengelihatan yang boleh menjejaskan masa depannya.
"Saya tidak berpuas hati dengan tindakan guru yang berdiam diri pada waktu kejadian dan tidak segera menghubungi ibu bapa atau penjaga bagi memaklumkannya supaya kami dapat membawanya ke klinik," katanya.
Ekoran itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Nusajaya pada hari yang sama.
Pihak sekolah mengesahkan mereka menerima aduan bapa saudara mangsa dan siasatan sedang dijalankan. Guru yang didakwa itu juga turut membuat laporan polis.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :