Sensasi

Pelakon, Shafiee Jaafar atau Pak Piee Meninggal Dunia


Pelawak veteran, Shafiee Jaafar atau lebih dikenali sebagai Pie meninggal dunia di rumah anaknya di Teluk Bahang 9 malam tadi

Arwah meninggal dunia akibat sakit tua.

Berita pemergian arwah disahkan oleh rakan karibya, Omar M Hashim atau Omara sebentar tadi kepada portal Kosmo!

Menurut Omara, beliau dimaklumkan mengenai berita kematian Pak Piee dari anak perempuan arwah menerusi panggilan telefon.

"Anak dia (Pak Piee) beritahu yang bapanya baru meninggal dunia 10 minit tadi dan kini sedang sibuk menguruskan jenazah," katanya

Arwah merupakan seorang pelakon yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan pernah membintangi beberapa filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Nana Tanjung, Anak Mami Kembali, Lady Boss dan banyak lagi.

Pemergian arwah merupakan kehilangan besar buat industri seni negara dan juga rakyat Malaysia.

Pergimu di Malam yg mulia, malam Jumaat... 
Berehat lah dgn tenang disana Pak... 

"Ya Allah, Ampunilah saudara kami Shafiee Jaafar, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya"
(Riwayat Imam Muslim)

Al-Fatehah -bacalah dgn ikhlas dan niatkan pahala bacaan ini buat Allahyarham...

Dari Abdullah bin Amru bin Ash radhiyallahu ‘anhuma dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda:
“Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jum’at atau malam Jum’at kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
( HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074 )

Image may contain: 1 person


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.