‘Patutlah SANGGUP Bunuh Mak Bapak & Adik Sendiri. Rupanya Dia Ni Anak Angkat ’
Melaka: Noorhaslinda Diyana Hassan, 26, seorang daripada mangsa yang
cedera dalam kejadian bunuh tiga sekeluarga termasuk ibu bapa dan adik
lelakinya di Kampung Bertam Malim di sini, awal pagi tadi, sedang dalam
persediaan untuk berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi.
Ibu saudara mangsa, Mariani Baharin, 53, berkata Noorhaslinda Diyana,
jururawat bilik pembedahan sebuah hospital swasta di Bandar Hilir di
sini, berhasrat bekerja di Arab Saudi untuk membantu keluarga dan
menimba pengalaman di negara itu.
Dalam kejadian pagi tadi, kakaknya, Maria Baharin, 62; abang iparnya
Hassan Wahab, 70, dan anak saudaranya, Mohammad Taufeq, 22, terbunuh.
“Linda (Noorhaslinda Diyana) sedang buat persiapan ke Arab Saudi. Visa
ke sana masih dalam proses dan dia dijangka berlepas Oktober ini,"
katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka
di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi hari ini, seorang lelaki berusia 26
tahun dipercayai anak angkat Maria, turut mencederakan adik Noorhaslinda
Diyana iaitu Nur Aqiedah Aeina, 24, dan neneknya Siti Khatijah Mohamed,
79. Suspek ditahan Polis Melaka di Masjid Bukit Rambai di sini
kira-kira 11 pagi. Mohammad Taufeq yang mati adalah adik Noorhaslinda
Diyana.
Mariani, seorang suri rumah berkata, mereka amat terkejut apabila
diberitahu kejadian itu dilakukan seorang lelaki yang dijaga kakaknya,
Maria, sejak kecil.
Beliau dan keluarga yang tinggal di Keramat, Kuala Lumpur, menerima
panggilan telefon daripada abangnya yang tinggal di Sabah memberitahu
kejadian itu kira-kira 7.30 pagi tadi lalu bergegas ke Hospital Melaka.
Sementara itu, sepupu mangsa, Lina Arina Mohamad A'fifi, 26, berkata
suspek yang tinggal di rumah keluarga berkenaan disifatkan sebagai
seorang yang murung dan sering menyendiri.
Menurutnya, suspek yang pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney di sini, sering bertukar pekerjaan.
"Kami tahu dia ambil dadah sebab pernah terbau walaupun tidak pernah
melihatnya. Dia juga boleh duduk berjam-jam dalam tandas," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, lelaki itu tidak pernah bertindak agresif atau mencederakan anggota keluarga sebelum ini.
Lina Ainaa Mohamad A'fifi, 21, sepupu Noorhaslinda Diyana, berkata adik
mangsa, Mohammad Taufeq yang maut dalam kejadian itu adalah pelajar
jurusan perniagaan Universiti Utara Malaysia di Sintok, Kedah dan sedang
bercuti semester.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :