
KUALA PENYU: “Sudah suka sama suka, biarkanlah…doakan mereka bahagia,”
itu kata Matalin Utam, 52, bapa kepada remaja lelaki yang gambarnya
bernikah dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun yang viral
baru-baru ini.
Matalin
berkata, Mohd Sufie, 18, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah
tangga dengan ibu tunggal itu beberapa hari sebelum hari bernikahan
mereka.
Matalin juga mengakui dia terkejut sebaik mendengar hasrat Sufie itu namun akur dengan hasrat anaknya itu.
“Pada
mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila
fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui
perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.
“Pagi
tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan
lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa
kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri.
“Saya
cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang
sudahlah,” katanya sambil meminta orang luar tidak ‘membawa mulut’
mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.
Dayang
Sopiah, yang kini isteri kepada Sufie, seorang suri rumah dan memiliki
lima anak berusia lima hingga 16 tahunhasil perkahwinan sebelum ini.
Pasangan
itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu,
Janawiyah, ibu Sofie, berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid
Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia
benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah.
“Dia kata pilihannya muktamad…saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah.
“Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia,” katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.
Sumber: mulutkecoh
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :