Along pula yang tiba sejak 8.40 pagi di mahkamah dilihat tenang bersama peguamnya, Roshdan Sujak Rafie.
Bekas
peserta program Maharaja Lawak Mega (MLM) itu memberitahu mahkamah
mereka sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu dan Zila selaku
defendan dalam kes berkenaan keluar daripada rumah kelamin mereka tanpa
kebenarannya.
Jelasnya
lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka
dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.
Dalam
pada itu, Abdul Halim ketika membaca keputusan selepas lafaz dibuat
memerintahkan Zila menjalani tempoh edah selama tiga kali suci
berkuatkuasa hari ini.
Mereka juga diminta untuk mendaftarkan perceraian tersebut di kaunter mahkamah selain sijil pernikahan dilupuskan.
Terdahulu,
Abdul Halim turut mendengar sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan
Along pada 12 Mei lalu dan membenarkan permohonan defendan untuk
meneliti dokumen dan memasukkan pembelaan berhubung kes berkenaan.
Mahkamah menetapkan kes berkenaan didengar semula pada 29 September depan.
Dalam
perkembangan sama, peguam syarie Roshdan Sujak ketika ditemui berkata,
hak penjagaan anak pasangan itu juga sudah selesai di Mahkamah Tinggi
Syariah Shah Alam pada Julai lalu.
Katanya,
hak penjagaan kekal Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun diberikan
kepada Along dan Zila diberi hak lawatan selama dua hari dalam sebulan.
Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010.
Media
sebelum ini melaporkan, isteri seorang pelawak ditangkap oleh sepasukan
pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)
dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan
seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.
Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.
SUMBER : petikan mstar online
Sumber: mulutkecoh
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :