KUALA LUMPUR: “Atas
apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri.
Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.” Begitulah
luahan hati pelakon jelita, Uqasha Senrose, 23, yang membuat pengakuan
kepada BH Online bahawa dirinya sudah tidak lagi bertudung selepas tiga
tahun berhijab.
Akui
pelakon teater Ombak Rindu ini, sejak berhijab, imannya tidak tetap.
“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang
tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika
hati masih berkecamuk selepas putus cinta.
Mungkin
juga saya tak fikir panjang. “Saya seperti hilang arah tuju dan melihat
tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa
baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.
“Malah
dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut
yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,”
katanya ketika ditemui di sini, petang ini.
Pada
pertemuan itu, Uqasha membenarkan wajah terbaharunya dirakamkan tetapi
dalam keadaan berselendang biarpun pada hakikatnya, dia sudah kembali
kepada penampilan asal. Tegas Uqasha lagi, khilaf dirinya itu bukan
kerana mahu mempermainkan agama. “Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak
mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi.
Saya
rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika
bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya
berkenaan,” katanya. Kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose ini
bersedia menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi
berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen.
Bagi
Uqasha, dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup
kepura-puraan. Sebelum ini, Uqasha pernah dikecam selepas gambarnya
tidak bertudung dan seksi ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand,
tersebar.
SUMBER : bh online
Sumber: mulutkecoh
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :