Sensasi

'Melampau Tinggi Benar Dilambungnya Sampai Terkena Kipas'


RAYONG, THAILAND - Seorang kanak-kanak perempuan cedera teruk di bahagian kepala akibat terkena kipas selepas dilambung oleh bapanya di kediaman mereka.

Dalam kejadian itu, Oum Phoeykiln, 3, sedang bermain dengan bapanya, Em, 25, di ruang tamu. Bapanya mendukung dan melambung si kecil itu ke udara sehingga menyebabkan kepala Oum terkena bilah kipas siling yang sedang berputar laju, lapor Harian Metro





"Saya tidak sengaja melambung Oum terlalu tinggi sehingga kepalanya terkena kipas siling. Saya panik melihat banyak darah yang mengalir dari dahi anak saya," kata Em. 

Hentaman yang kuat itu telah menyebabkan bilah kipas patah. Manakala dahi mangsa mengalami luka yang parah sehingga ternampak bahagian tengkorak. 

Oum segera dikejarkan ke hospital dan doktor melakukan pembedahan kecemasan bagi menghentikan pendarahan dari luka sepanjang 10 sentimeter itu. 

Difahamkan, doktor hospital terbabit mengugut enggan merawat mangsa pada mulanya. Sehinggalah keluarga mangsa bersetuju untuk membayar ribuan dolar agar mangsa diselamatkan. - PIXEL MEDIA


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.