Sensasi

Kenali Antibiotik Anda!

Di zaman globalisasi tanpa sempadan hari ini, orang ramai boleh mendapatkan sebarang informasi dengan amat mudah. Ianya semudah di hujung jari dengan kewujudan Internet yang kini menguasai medium komunikasi antara manusia.
Antara informasi yang sering dicari di Internet adalah berkaitan kesihatan. Sebut apa saja berkaitan masalah kesihatan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki, maklumat akan keluar di skrin komputer anda.
2037595shutterstock-273641858780x390
Namun, kebanyakan artikel berkaitan kesihatan yang terdapat di Internet bukan ditulis oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang kesihatan.
Malah ada juga artikel berkenaan kesihatan yang ditulis sesuka hati tanpa meneliti kebenaran fakta atau hanya mengikut cakap-cakap orang saja.
Oleh itu, anda perlu berhati-hati, kerana informasi berkaitan kesihatan perlu diperolehi daripada individu atau badan yang berauthoriti untuk memastikan ianya tepat dan tidak pula memudaratkan anda di kemudian hari.
Antara topik yang agak hangat berkaitan kesihatan adalah berkenaan antibiotik. Tahukah anda, apakah itu antibiotik? Bila dan bagaimanakah cara yang betul untuk menggunakan antibiotik?
Apa Itu Antibiotik?
antibiotics
Antibotik adalah satu kategori ubat yang digunakan untuk membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria (kuman). Antara nama antibiotik yang biasa digunakan di hospital dan klinik adalah Augmentin 625mg, Cefuroxime 250mg dan banyak lagi. Antibiotik terdapat dalam banyak bentuk seperti tablet, kapsul, cecair dan lain-lain.
Apa Perbezaan Antibiotik Dengan Ubat-Ubat Lain?
difference
Antibiotik adalah ubat yang bertindak terhadap jangkitan bakteria, manakala ubat-ubat lain seperti Paracetamol (ubat demam/tahan sakit) bertindak terhadap reseptor-reseptor dalam badan manusia.
Terdapat banyak jenis dan kumpulan antibiotik. Ada yang membunuh bakteria secara langsung dan ada yang merencatkan pertumbuhan bakteria dengan mengganggu sistem protein sintesisnya.
Disebabkan cara antibiotik bertindak adalah berbeza berbanding ubat-ubat lain, cara penggunaannya juga adalah berbeza dan perlu lebih spesifik kepada pesakit dan penyakit yang dihidapi.
Bagaimana Cara Pengambilan Antibiotik Yang Betul?
ucm236341 (1)
Sebelum mengetahui cara pengambilan antibiotik yang betul, anda perlu tahu bahawa, antibiotik hanya boleh digunakan setelah mendapat arahan daripada doktor yang merawat.
Anda perlu berjumpa dengan doktor dan doktor akan mendiagnos keadaan anda sama ada anda perlu diberikan antibiotik mahupun tidak.
Anda tidak boleh mendapatkan/membeli antibiotik tanpa preskripsi daripada doktor yang merawat anda. Setelah mendapat arahan daripada doktor untuk mengambil antibiotik dan menerimanya daripada ahli Farmasi, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membaca dan memahami arahan yang terdapat pada label sampul antibiotik yang anda terima.
Anda perlu tahu berapakah kuantiti atau sukatan (dos) yang anda perlukan dan masa pengambilannya.
images
Jangan segan untuk bertanya kepada ahli Farmasi jika anda tidak faham atau tidak pasti.
Ini adalah penting kerana sukatan dos dan masa pengambilan antibiotik adalah berbeza di kalangan para pesakit terutamanya kanak-kanak.
Kebiasaanya, antibiotik diambil satu jam SEBELUM makan (ketika perut kosong) untuk mengelakkan interaksi antibiotik dengan makanan.

Namun, mungkin ada juga antibiotik yang perlu diambil selepas makan. Sila rujuk label pada sampul antibiotik anda untuk kepastian.

Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Ketika Mengambil Antibiotik
images (1)
Selain mengambil antiobiotik mengikut masa yang ditetapkan, anda perlu menghabiskan semua antibiotik yang doktor berikan kepada anda walaupun anda telah berasa sihat.
Ini kerana, antibiotik bertindak dalam tempoh masa yang tertentu untuk membolehkan bakteria dibunuh dengan berkesan.
Ketidakpatuhan terhadap arahan pengambilan antibiotik akan membolehkan jangkitan bakteria berlaku kembali. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘antibiotic resistance’.
Apabila antibiotic resistance ini berlaku, antibiotik yang anda gunakan tidak lagi berkesan dan anda memerlukan antibiotik yang lebih kuat lagi. Elakkan perkara ini daripada berlaku dengan menuruti arahan pengambilan antibiotik yang betul.
Selain itu, jangan gandakan dos walaupun sekiranya anda terlupa mengambil dos sebelumnya. Pengambilan dos antibiotik yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu kepada kesihatan anda.
Dan jangan berkongsi antibiotik dengan orang lain. Antibiotik adalah ubat yang perlu diberikan mengikut keperluan individu. Setiap pesakit adalah berbeza. Jadi, elakkan daripada memberikan antibiotik anda kepada orang lain atau menggunakan antibiotik orang lain.
Adakah batuk, demam, sakit kepala dan selsema Memerlukan Antibiotik?
antibiotic-resistance-296x300
Untuk perhatian anda, jika anda menghadapi simptom-simptom seperti di atas, belum tentu anda memerlukan antibiotik.
Terdapat banyak jenis penyakit yang boleh menyebabkan simptom-simptom seperti di atas selain disebabkan jangkitan bakteria.
Bagi penyakit yang disebabkan jangkitan virus juga, antibiotik tidak diperlukan.

Jika antibiotik digunakan untuk jangkitan virus, antibiotik tersebut tidak akan dapat menyembuhkan jangkitan virus, tidak dapat melegakan sakit atau gejala dan tidak dapat menghalang virus tersebut daripada mengjangkiti orang lain.

Oleh sebab itu, anda perlu berjumpa doktor untuk memastikan apakah sebenarnya penyakit yang anda hadapi dan sama ada anda memerlukan antibiotik ataupun tidak.
Saya tertarik dengan terma antibiotic resistance di atas, boleh terangkan dengan lebih lanjut?
77669721-the-ndm
Antibiotic resistance adalah satu keadaan yang berlaku apabila bakteria yang mengjangkiti pesakit menjadi kebal terhadap antibiotik.
Perkara ini boleh berlaku apabila antibiotik tidak diambil dengan cara yang betul.

Bakteria yang gagal dibunuh oleh antibiotik akan terus membiak dan berkembang menghasilkan enzim-enzim baru yang dapat melawan antibiotik yang diambil.

Apabila antibiotic resistance ini berlaku, kesan jangkitan bakteria akan menjadi lebih teruk dan tidak boleh disembuhkan menggunakan antibiotik biasa.
Dalam keadaan ni juga, pesakit memerlukan antibiotik yang lebih kuat untuk membunuh bakteria tersebut.

Jika antibiotic resistance ini tidak dikawal, akhirnya, tiada lagi antibiotik yang dapat menyembuhkan pesakit tersebut dan rancangan rawatan (therapy plan) akan menjadi lebih rumit.

Oleh kerana itu, ahli Farmasi akan sentiasa menekankan kepada para pesakit tentang kepentingan untuk mengambil antibiotik dengan cara yang betul dan menghabiskan semua antibiotik yang diberikan.

The post Kenali Antibiotik Anda! appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.