Sensasi

'Kalau Ayah Tak Modify Motor, Jangan Harap Saya Pergi Sekolah!'

Foto - Google Images

Oleh Mohd Azizi Jonny

Kepada pemilik motosikal Modenas Kriss QKS**** berwarna biru standard yang dihantar untuk ubahsuai di Ban Soon tadi, harap kau pergi ke sekolah selepas ini. 

Ayah kau baru saja menghabiskan RM500 lebih semata-mata untuk mengubahsuai motosikal idaman kau bagi memujuk kau berminat untuk pergi ke sekolah semula. Kasihan tengok ayah kau keluarkan duit. Tinggal habuk, MyKad dan lesen saja dalam dompet. 

Dia tukar coverset complete, pasang footrest Racing Boy, beli bakul depan Appi, pasang plat nombor baru, api one set depan belakang dengan ekzos sport.

Bersungguh-sungguh muka ayah kau. Dia langsung tak malu untuk bertanya sana sini bagaimana nak ubahsuai motosikal untuk nampak bergaya di mata orang muda. Hampir semua dapat dibeli dan ditukar. Namun cuma satu saja tak dapat dibeli di kedai itu. 

Kau tahu apa yang ayah kau tanya aku?

"Dik, mana nak beli sticker ini?" 

Tahu sticker apa yang ayah kau tunjukkan? Sticker S.M.S pantul cahaya yang digunakan di coverboard lama yang dipakai kau dulu. 

Serius aku diam membisu. Aku harap kau belajarlah mengenang budi selepas ini. Di zaman aku sekolah dulu, tak ada pun buat perangai macam ni dengan orang tua. Tetap pergi sekolah juga walaupun tak ada motosikal. Tetapi kau, anak bertuah, tergamak hati buat ayah kau seperti ini. 

Aku harap kau belajarlah menghormati mak dan ayah kau. Harap cerita aku ini menjadi pengajaran buat semua. - Mohd Azizi Jonny | PIXEL MEDIA


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.