Pelakon,
Jasmin Hamid meluahkan rasa terkilan apabila melihat pusara ibunya di
Tanah Perkuburan Subang Jaya telah diceroboh oleh orang tidak dikenali.
Bertambah bengang apabila ketika menziarahi kubur ibunya baru-baru ini,
beliau mendapati botol yang ditanam bagi meletakkan bunga di atas pusara
tersebut telah dicabut oleh pihak tidak bertanggungjawab
Saya
terkejut apabila melihat kubur ibu saya berlubang. Apa salah saya
sehingga orang sanggup membuat perkara yang tidak bertanggungjawab
sebegitu. Saya bukannya buat perkara yang khurafat. Kenapa ada pihak
yang mendengki. Kalau nak diikutkan, ia hanyalah perkara kecil. Cuma
saya tertanya-tanya kenapa mereka sanggup berbuat begini pada saya
Saya
tidak mahu ambil sebarang tindakan. Lagipun saya tidak tahu siapa yang
buat begitu. Tetapi jika ada yang tidak berpuas hati dengan saya, datang
dan berjumpa dengan saya. Tertanya-tanya juga, ada ke sesiapa yang
sakit hati dengan saya, katanya kepada Berita Harian Online berhubung
dengan kejadian malang yang menimpa pusara ibu beliau baru-baru ini.
Pada
masa yang sama, kejadian tersebut turut dikongsi Jasmin di laman
Instagram beliau berikutan terlalu bengang dengan tindakan individu
berkenaan. Menerusi perkongsian itu juga, rata-rata peminat turut
bersimpati dengan kejadian yang menimpa beliau dan kesal dengan sikap
individu terbabit yang bertindak secara melampau ke atas tanah
perkuburan.
Sumber: gelakhati
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :