Pelakon
cantik Uqasha Senrose nampaknya sekali lagi mengundang kontroversi
apabila mengaku bahawa dirinya kini tidak lagi bertudung selepas tiga
tahun mengenakan hijab.
Pelakon
yang berusia 23 tahun ini memberitahu wartawan BH Online bahawa dia
sedar bahawa khilaf itu datang daripada dirinya sendiri.
Kredit gambar: Instagram Jaydeems
“Selama
tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak
konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati
masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir
panjang.
“Saya
seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat
memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi
sebaliknya yang terjadi.
“Malah
dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut
yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,”
katanya ketika ditemui di sini, petang ini.
Terbaru,
Uqasha tampil dalam satu majlis santai bersama adik beradiknya dalam
keadaan hanya berselendang dan menampakkan sebahagian rambutnya.
Menurut Uqasha lagi, bukanlah mahu mempermainkan agama namun hanya mahu menjadi diri sendiri.
“Saya
mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung
itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti
munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan
dengan gaya berkenaan,” katanya.
Menyedari
bahawa dirinya bakal menerima kecaman dari netizen kerana kembali
kepada imej asalnya, Uqasha sudah bersedia kerana dia lebih rela dihukum
manusia daripada terus hidup kepura-puraan.
Malah
sebelum ini, Uqasha juga pernah dikecam kerana gambarnya yang tidak
bertudung dan berpakaian seksi semasa bercuti di Koh Lipe, Thailand
tersebar di media sosial.
Sumber:jangantakviral
Sumber:jangantakviral
Sumber: ohviraljom
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :