Setiap ibu bapa, pasti mahu mendidik anak mereka menjadi anak yang baik dan berguna. Pelbagai cara dan kaedah digunakan agar anak-anak faham mengapa ibu bapa berusaha mendidik dan membentuk mereka.
Viral di media sosial, Amy Beth Gardner, memberikan nasihat yang agak 'deep' untuk anak angkatnya, Breonna, 11, yang bakal memasuki sekolah menengah. 'Nasihatnya' itu mendapat 716K perkongsian dan 666K likes di Facebook.
Bacalah dan cuba lakukan pada anak anda. Faham atau tidak, hanya anak sahaja yang tahu. Moga bermanfaat.
ESOK, anak saya akan mulakan persekolahannya di sekolah menengah. Kami sudah menghias almarinya dan belikan pakaian seragam baru. Malah kami turut belikan beg baru untuk dia.
Malam sebelum tidur, saya berikan satu tugasan penting untuk Breonna. Saya memberikan dia satu tiub ubat gigi dan meminta dia mengeluarkan kesemua isinya dalam pinggan yang disediakan. Selesai saja berbuat demikian, saya mengarahkannya memasukkan semula ubat gigi itu ke dalam tiub tersebut.
Namun, dia membebel-bebel dan berkata, "Tak boleh!" dan "Takkan sama seperti yang sebelumnya!". Saya tetap menunggunya dengan penuh sabar dan tenang, kemudian saya berkata,
"Breonna, awak akan ingat pinggan dan ubat gigi ini seumur hidup awak. Kata-kata yang diucapkan oleh awak mempunyai kuasa untuk menentukan hidup atau mati. Bila awak masuk ke sekolah menengah nanti, awak akan melihat berapa banyak beban dari kata-kata yang awak akan pikul.
"Awak akan berpeluang untuk menggunakan kata-kata untuk menyakiti, merendah-rendahkan orang lain, memfitnah dan melukai hati orang lain. Awak juga akan mempunyai peluang menggunakan kata-kata awak untuk menyembuh, memberi dorongan, inspirasi dan kasih sayang kepada yang lain.
"Adakalanya awak akan tersilap membuat pilihan. Seperti ibu sendiri, di mana dalam minggu ini saja, sudah tiga kali terucap kata-kata yang tidak baik dan mendatangkan kemudaratan. Seperti ubat gigi ini juga, sebaik saja kata-kata itu diucap, awak takkan dapat tarik balik. Jadi, berhati-hatilah dalam percakapan awak, Breonna.
"Bila orang lain menyalahgunakan kata-kata mereka, awak kawal percakapan awak. Setiap pagi, ingatkan diri untuk menggunakan kata-kata yang baik. Malam ini, buatlah keputusan yang awak akan menjadi pelajar yang baik di sekolah kelak.
"Biarlah orang mengenali awak sebagai orang yang baik. Gunakan hidup awak untuk memberi 'kehidupan' yang sebenar kepada dunia ini yang amat terdesak memerlukannya. Awak tidak akan pernah menyesal memilih kebaikan dalam hidup ini." - Amy Beth Gardner | PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :