Sensasi

Bonet Kemek & Bumper Pecah 'Dipatuk Ular'?


HULU SELANGOR - Seorang lelaki berumur 48 tahun mendakwa keretanya kemek 'diserang' oleh seekor ular, Khamis lalu. 

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Camry dari Kuala Lumpur menghala ke Pekan Ulu Yam Bharu, terserempak dengan 10 ekor ular yang sedang melintas jalan. 

"Saya telah memperlahankan kenderaan. Selepas melepas sekumpulan ular itu, salah seekor daripada ular itu telah 'berdiri' dan menerjah beberapa kali di bahagian bonet hadapan kereta saya, sebelum melarikan diri," katanya. 

Ekoran dari kejadian itu, kereta jurujual yang berasal dari Johor itu mengalami kerosakkan di bahagian bonet hadapan kiri, selain bumper juga turut pecah. Pintu kiri bahagian penumpang depan juga tidak dapat dibuka. Walau bagaimanapun, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 


Difahamkan, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Ulu Yam Bahru untuk membuat tuntutan dari pihak insurans. - PIXEL MEDIA


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.