Alam perkahwinan adalah satu dunia yang amat kompleks kerana dinamik setiap rumah tangga adalah berbeza. Setiap pasangan pasti akan ada ujian yang tersendiri dan perlu pada solusi yang 'customised', tidak satu formula yang akan berkesan untuk semua.
Cumanya, sedikit pengalaman dalam rumah tangga sendiri dan melihat banyak lagi kes yang berlaku, ada perkara yang benar-benar perlu diberi perhatian oleh pasangan-pasangan baru.
1. Suami wajib memberi nafkah yang secukupnya kepada isteri. Kalau tidak mampu, kena usahakan sehingga mampu walaupun isteri bekerja dan bergaji lebih besar. Banyak rumah tangga yang musnah kerana suami gagal dalam bab nafkah dan kedekut dengan ahli keluarga.
2. Selepas berkahwin, duduk berasingan dari orang tua. Paling lama, 3 bulan sudah perlu diusahakan untuk duduk sendiri. Sekali lagi, suami perlu 'lead the way'. Pelbagai masalah akan timbul bila duduk serumah. Suami dan isteri perlu ada ruang privasi sendiri.
3. Banyakkan elemen ibadah di dalam rumah. Solat jemaat, baca Quran, pergi ke majlis ilmu bersama-sama. Bila rumah tangga basah dengan ibadah, syaitan sukar untuk mencucuk jarumnya.
Moga-moga ada kebaikannya sedikit panduan ini. - Hisham Sharif | PIXEL MEDIA
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :