Sensasi

Amalkan Terapi Rendam Kaki Dalam Ais, Hindar Gangguan Jin


Tahukah anda, amalan merendam kaki dengan ais dapat melancarkan perjalanan darah anda selain dari mengelakkan diri dari gangguan jin. Terapi rendam kaki dengan ais ini juga bagus untuk mereka yang sukar tidur malam, jika diamalkan. Masalah sakit kepala dan bisa sakit badan juga boleh diatasi dengan mengamalkan terapi ini. 

Sekiranya anda mengalami gangguan jin yang kronik, anda pasti akan terasa sakit seperti kaki menyucuk-nyucuk. Itu petanda yang tubuh kita ada gangguan makhluk halus. Sekiranya diamalkan, inshaAllah dengan izin Allah, jin akan terhindar dari tubuh badan kita. 

Adalah lagi baik jika dicampur dengan daun bidara limau dan garam bukit dalam ais ini. Kesannya amat baik dalam tubuh badan kita. Cubalah, saya setiap pagi pasti akan rendam kaki. Amalkan sebelum rendam kaki, bacalah Al-Fatihah (7x), Al-Ikhlas (7x) dan Selawat (7x). 

Cubalah, kesannya amat memberangsangkan. InshaAllah dengan izin Allah, kaki badan akan rasa ringan. 

Simptom Gangguan Makhluk Halus:

1. Kaki rasa pijau bila direndam dalam ais
2. Lenguh kebas di kaki
3. Sakit mencucuk di kaki
4. Menggeletar kesakitan dan kesejukan.

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ini. saya nasihatkan anda segera mendapatkan rawatan Islam berhampiran. Sila sebarkan, agar bermnafaat untuk kita semua. Amin. - Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.