#Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), di sini, maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan di sekolah berkenaan.
#Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi mangsa Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.
#Menurut sumber, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya mengambil beg berkenaan.
#"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal memgawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.
#Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.
#Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
#Jenazah pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari tingkat tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20
,# pada jam 5 petang tadi. Kira-kira 100 orang menghadiri pengebumian mangsa termasuk anggota keluarga, saudara-mara dan rakan sekolahnya. Terdahulu, jenazah Azim Hakimi dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat sebelum dimandi dan dikafankan di hospital berkenaan.
#Jenazah kemudiannya dibawa ke surau berdekatan Tanah Perkuburan Islam, Presint 20 untuk disembahyangkan. Dalam tragedi kira-kira jam 9.40 pagi itu, mangsa difahamkan tidak dapat mengimbangi badan ketika cuba mengambil beg yang dikatakan tersangkut di belebas bangunan sekolah.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :