Sensasi

4 Cara Utama Bagaimana Menghilangkan Rasa Pening

Selain daripada sakit belakang dan sakit kepala, pening kerap kali menjadi salah satu aduan yang popular di kalangan pesakit yang mengunjungi klinik untuk rawatan. Namun penyakit pening bukanlah petanda penyakit yang serius.

Sensasi yang dialami ketika kepala kita merasakan seperti keadaan persekitaran berpusing ini digelar sebagai vertigo. Kadangkala ia boleh disebabkan oleh masalah di dalam telinga namun tidak kesemuanya.

Penyakit pening boleh juga disebabkan oleh kitaran atau ubat yang kita ambil. Penyakit pening boleh hilang secara semulajadi namun kadangkala ia juga ada kesan sampingan seperti hilang kawalan.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda mengatasi masalah pening dengan berkesan tanpa sebarang kesan sampingan.

berhenti bergerak

1. Berhenti Bergerak Dengan Serta Merta

Jika anda mulai merasa kepala anda seperti terasa berat atau mata anda seperti berpinar, berhenti bergerak dengan serta-merta. Jangan sesekali gerakkan kepala anda.

Ini boleh membantu tekanan darah anda untuk kembali stabil dan membantu organ dalaman telinga untuk mendapatkan kembali keseimbangannya.

sit for a while

2. Duduk Seketika

Keadaan pening ini sering terjadi ketika anda ingin mengubah kedudukan atau bangun dengan serta-merta. Duduk dengan secepat mungkin boleh menghilangkan rasa pening tersebut dan ia juga lebih selamat.

gapai sesuatu

3. Gapai Sesuatu Untuk Berpegang

Bila anda terasa seperti keadaan sekeliling anda berpusing, segera gapai sesuatu untuk anda berpegang sambil merehatkan diri untuk seketika.

Keadaan berpusing ini sering terjadi iaitu ketika minda anda menerima mesej yang berkonflik.

duduk sebelum bangun

4. Bangun Secara Berperingkat

Jangan bangkit dari katil dan terus berdiri dengan serta-merta. Sebaliknya cuba anda hayunkan kaki ke sebelah katil dan bangkit perlahan-lahan kepada posisi duduk.

Tunggu beberapa minit sebelum anda berdiri perlahan-lahan. Ini memberikan masa untuk tekanan darah anda menyesuaikan diri dan dapat mengelakkan pening.

The post 4 Cara Utama Bagaimana Menghilangkan Rasa Pening appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.