(**)Setiap pasangan pasti mahukan majlis perkahwinan yang gemilang. Kalau boleh, se ‘gah’ majlis kahwin selebriti popular!
(**)Apapun, nak kahwin sudah tentu memerlukan duit yang banyak untuk perbelanjaan majlis, hantaran, tempahan busana, kad jemputan dan lain-lain lagi.Setelah habis berbelanja untuk majlis tersebut, bagaimana pula dengan kehidupan anda dan pasangan selepas berkahwin kelak. Sudahkah anda dan si dia berfikir sejauh itu?
(**)Anda dan pasangan, perlu lebih bersedia daripada segi mental, fizikal serta sudut kewangan khususnya. Anda berdua perlu tahu tentang bajet kahwin dan bagaimana untuk menguruskan wang tersebut supaya selepas berkahwin anda dan pasangan tidak berdepan dengan konflik kewangan.
(**)Di sebabkan konflik kewangan yang melanda, tidak mustahil anda dan pasangan akan berselisih faham. Tak kurang juga ada perkahwinan yang berkahir dengan penceraian hanya kerana disebabkan masalah kewangan yang dihadapi.
(**)12 Cara Jimat BAJET KAHWIN
(**)1.Jangan mementingkan ‘standard’ anda
(**)Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak hanya kerana menginginkan majlis perkahwinan yang gah.
(**)2. Jumlah tetamu
(**)Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, anda dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya.
(**)3. Menyewa busana perkahwinan
(**)Elakkan menempah pakaian yang baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan dimana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi cuma sewa sahaja. Ini bermakna selepas pakai, anda perlu pulangkan semula pada butik perkahwinan dan harganya jauh lebih rendah daripada membeli terus pakaian perkahwinan itu.
(**)4. Membeli belah ketika ada potongan harga sahaja
(**)Harga barangan pada ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli belah kelak anda juga yang akan merana.
(**)5. Elak berhutang kad kredit
(**)Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.
(**)6. Adakan majlis gotong royong
(**)Majlis yang diadakan secara gotong royong adalah lebih jimat berbanding katering. Ia dapat menjimatkan kos kerana anda hanya perlu mengeluarkan wang membeli bahan basah selain dapat mengeratkan tali silaturahim bersama saudara dan jiran anda.
(**)7. Awasi perbelanjaan anda setiap bulan
(**)Perbelanjaan pada setiap bulan amat mempengaruhi simpanan kewangan anda. Jika anda berbelanja lebih, segala bajet yang telah anda tetapkan akan berubah dan akan menyusahkan anda kelak.
(**)8.Jangan merokok
(**)Bagi kaum lelaki merokok bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan tetapi ia membazirkan wang anda. Jika anda campur tolak wang yang telah anda belanjakan untuk membeli rokok pasti anda akan terkejut dengan jumlahnya.
(**)9.Kurangkan membeli gajet elektronik
(**)Jika anda seorang penggemar gajet elektronik, anda dinasihatkan untuk menyimpan dahulu hasrat anda untuk membeli gajet terbaru. Hal ini adalah kerana wang itu anda boleh gunakan untuk majlis perkahwinan anda kelak.
(**)10. Tempahan fotografi
(**)Buat tempatan perkhidmatan fotografi, katering dan kad jemputan semasa promosi atau di pameran perkahwinan. Selalunya diskaun hebat akan diberikan.
(**)11. Berbalas hantaran
(**)Elakkan berbalas hantaran dengan jumlah yang tinggi. Ada juga antara anda yang tidak mahu kalah dengan saudara mara atau kawan-kawan. Hal ini yang sering terjadi dikalangan pengantin zaman sekarang. Tidak perlulah untuk berlumba-lumba kerana kelak anda yang tanggung kesannya.
(**)12.Membuka akaun khas
(**)Salah satu cara untuk menjimatkan kos perkahwinan adalah dengan membuka akaun khas untuk perkahwinan anda. Ini dapat memastikan supaya anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda dan seterusnya berhutang. Elakkan membeli barang perkahwinan dengan menggunakan kad kredit. Sumber: mediasosialkini
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :