Umum

"Viralkan Status Ini, Aku Puji Masakan Orang Sarawak Sedap!" - Dania


MIRI - Setelah dikecam hebat oleh netizen, Dania Natasya akhirnya tampil cuba meredakan kemarahan orang Sarawak dengan status terbarunya. 

"Jujur aku nak cakap, 2-3 hari lalu aku ada beraya di 3-4 buah rumah orang Sarawak. Diorang masak memang terbaik! Sedap, memang aku puji sedap! Aku siap makan bertambah lagi wei!

"Aku cakap pada suami, sedapnya dia masak. Dah habis makan aku terus keluar, terus bersalaman dengan tuan rumah sambil menghulur sampul duit raya. Aku cakap terima kasih banyak-banyak dan makanan pun sedap. 

"Selepas keluar dari rumah, diorang suruh aku beraya lagi di rumah mak dia pula. Semua orang Sarawak ini memang peramah sangat melayan tetamu tanpa mengira bangsa. Yang bestnya, aku makan di rumah diorang tak sama aku beraya di kampung, JB. Sebab setiap rumah ada ketupat lemang dan masak sedap-sedap seperti hari raya pertama. 

"Di JB pun jarang nak dapat makan lemang. Dasat betul raya di rumah orang di sini. Meriah dengan makanan!" katanya yang mengharap status terbarunya itu diviralkan kerana dia memuji masakan orang Sarawak Sedap. - PIXEL MEDIA

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.