Umum

[VIDEO] Pocong muncul di Jalan Kebun, Shah Alam?



SHAH ALAM - Heboh di media sosial rakaman video dan gambar hantu pocong muncul di sebuah taman perumahan sejak 15 Julai yang lalu. 

Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan kelibat pocong sedang berdiri tegak, sempat dirakam oleh sekumpulan remaja yang kebetulan melalui jalan tersebut.
Menurut Idris Otan, pocong itu telah kerap muncul di kampung mereka. 


Bagaimanapun, Ketua Kampung Jalan Kebun, Mohd Salehan Tahir, menafikan dakwaan itu dan mendakwa terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mereka cerita untuk menakutkan 20,000 penduduk kampungnya. 

"Pocong tak wujud di kampung ini. Malam kelmarin saya dimaklumkan tentang khabar angin itu. Jadi kami telah berpakat dengan penduduk kampung untuk membuat rondaan bagi menjejaki kewujudan pocong itu. 

"Mereka yang berkawal di Lorong Haji Bani dan Haji Bakar sehingga jam 4 pagi, tidak menemui apa-apa kesan," katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, mereka juga membuat lawatan dan pemeriksaan ke Tanah Perkuburan Islam Batu 8. Namun tiada sebarang kesan korekan pada kubur atau sebarang amalan khurafat di situ. 


"Pocong yang dalam video itu, inilah dia. Orang Malaysia memang suka rekacipta hantu-hantu viral ini," kata Nabil Salbini mendedahkan gambar pocong diikat pada tiang pagar di Jalan Kebun.

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.