Berita

Pelajar Ditampar Cikgu Nafi Tuduhan Berpakaian Ketat Disekolah


Pelajar Ditampar Cikgu Nafi Tuduhan Berpakaian Ketat Disekolah|Baru baru ini heboh di media sosial berita tentang seorang pelajar wanita Nur Syahida, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah menengah di Tanah Merah cedera di leher selepas ditampar tiga kali oleh seorang guru wanita.
Seorang cikgu dengan akaun facebook Asiah nana memberikan kenyataan bahwa pelajar tersebut di hukum akibat mencukur bulu kening.
Menurut asiah pelajar perempuan itu dikenali sangat tidak disiplin,ia kerap mengenakan pakaian ketat,melawan cakap cikgu dan menentang cikgu saat ditegur.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya.
Bagaimanapun Nur Syahida yang dibenarkan keluar wad hari ini, menafikan tuduhan dan turut melahirkan rasa kesal dengan pelbagai fitnah yang diviralkan di media sosial.
“Banyak fitnah dilemparkan, namun saya bersyukur kerana ada pihak membetulkan fitnah, termasuk yang mendakwa saya berpakaian ketat.
“Hal sebenarnya saya ditampar kerana dikatakan mengandam kening walaupun kening saya itu, memang kening sebenar, dah macam itu rupanya,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Jaafar Ismail berkata, pihaknya sudah melawat mangsa di hospital dan melakukan perbincangan dengan keluarganya.
“Ayah pelajar berkenaan bersepakat menyelesaikan masalah itu dengan baik demi kepentingan bersama,akan tetapi jika anaknya lupuh ia akan mengambil tindakan.Jabatan Pendidikan Negeri juga mengadakan taklimat kepada pengetua dan guru besar berhubung hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar”katanya.
Selain dari pada itu Ayah pelajar Zulkifli memaklumkan bahwa anak sulungnya itu pernah terjatuh di bilik air november lalu yang menyebabkan lehernya cedera.
Saya maklumkan perkara itu kepada pihak sekolah, namun kejadian itu (ditampar) memberi kesan kepada leher anak,” katanya ketika ditemui di HRPZ II di sini,

Sumber: eberita
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.