Sensasi

'Kembalikan Anak Saya, Fatteh'


Mereka ketawakan dan memperlekehkan saya sebab saya sedih dan kecewa untuk anak saya. Memperlekehkan hati seorang ibu. Selama 9 bulan mengandung, saya diterajang, dicekik, ditumbuk dan ditampar. Selama itulah saya bersabar dan tidak mengadu kepada sesiapa walaupun ibu bapa saya jua tidak tahu. Saya hanya senyum, menangis di belakang senyuman. Dan mereka? Hanya mentertawakan saya. Langsung tiada hati dan berperangai iblis. 

Jangan tanya tentang lawyer dan sebagainya. Selama sebulan saya beri tempoh untuk selesaikan secara damai. Meminta untuk dilepaskan secara baik. Tetapi, diugut untuk gantung tak bertali dan dimaki hamun, katakan saya bodoh dan pelbagai lagi.

Saya beri tempoh selama sebulan untuk bercerai dengan cara baik. Bersabar selama sebulan untuk tidak tidur bersama Fatteh. Kuat semangat untuk berjumpa dengan Fatteh dalam 1-2 jam. Merayu, menangis dan mengemis anak sendiri minta duduk bersama. Masih cuba bersabar bila Fatteh disusukan orang lain. Masih cekal difitnah antara saudara mara yang mengatakan saya ini isteri tak guna, tak sedar diri, ada lelaki lain. End up,

"Aku akan pastikan dia takkan ceraikan kau, biar kau gantung tak bertali sampai tua," 

Selama 9 bulan saya dipukul. Di dalam pantang pula, saya diberikan tekanan mental oleh mereka tanpa ada mak, bapa dan adik beradik. Hanya Fatteh saja yang menjadi semangat saya pada waktu itu. 

Fatteh dipisahkan dari saya sehari suntuk, sehari sebelum saya melarikan diri. Kalaulah semua tahu apa yang saya rasa, on your first day kena, I'm sure, more than what I've done today you will do. 

"Saya dah berubah, saya dah baik, saya beri nafkah, kemas rumah..." 

Ya, memang awak buat, itu pun selepas saya minta cerai dan selepas saya dah tak nak apa-apa. That's the point. Mereka sendiri kata saya bodoh, perempuan gila, babi, sial dan awak? Hanya berdiri di situ mendengar kesemua itu tanpa bersuara. Dan minta saya bersabar? Diam? Dah, dah buat dah. 

Nak saya reveal lagi? 

Awak bersumpah demi Allah dan di depan counselor yang awak tak pernah pukul saya. Itu, itu perkara yang paling saya ingat dan takkan lupa sampai mati. Tak akan. Dan saya layak bersabar lagi? Saya ini manusia, bukan malaikat. Kalaulah saya malaikat.

"Tengok, mana isteri aku? Tengok anak aku, mana mak dia? Tinggalkan dia" 

Pembetulan, saya tak tinggalkan dia. Saya melarikan diri untuk menyelamatkan diri dari menjadi gila duduk dengan awak dan ditekan-tekan oleh mereka. Saya masih dalam pantang pada waktu itu dan apa yang awak semua buat pada saya? 

Saya minta cerai secara baik tetapi awak ketawakan saya, memperlekehkan saya. 

"Aku suami, kau siapa? Kuasa di tangan aku."

Mereka perlekehkan saya, "Aku ada kuasa, nama aku besar, aku ada duit, dia tu siapa?"

Saya bukan sesiapa, hanya Ayu yang mahukan anaknya, Fatteh. Mungkin awak akan cerita awak pukul saya sebab saya tak kemas rumah. Saya tak kisah sebab waktu itu saya mengandung dan saya mabuk teruk. Sedangkan esok nak beranak, malam itu masih muntah dan awak sendiri nampak semua itu. 

Tetapi awak tak ada perikemanusiaan pun. Saya muntah, tak larat nak kemas rumah, awak cuma cakap,

"Apsal rumah bersepah ni?" 

Sedangkan awak, pinggan yang awak gunakan untuk makan pun awak tak pernah basuh sendiri. Apa lagi nak burukkan saya? Tak cukup ke saya ambil hati keluarga awak selama ini? Saya takkan ungkit kebaikan yang saya buat. Biarlah awak dan keluarga awak saja yang tahu. Saya takkan ungkin seperti mana yang awak ungkit. 

Saya dah sehabis baik mengambil hati awak. Saya tahu saya pergi kerja cantik-cantik, jadi saya sendiri dengan inisiatif pakai cantik-cantik di rumah untuk tatapan awak. Saya tahu dalam pantang nampak pucat dan lesu, saya terus pergi salon waktu dalam pantang, potong rambut, warnakan rambut semua dengan niat untuk mengoda awak. 

Tetapi bila orang hamun saya, katakan sebab rambut saya ini syaitan yang akan iringi waktu saya mati, awak cuma diam. Awak langsung tak berdiri untuk saya dan awak biarkan mereka. Seolah-olah saya layak diperlakukan seperti itu. Itu sudah cukup memedihkan hati. 

The last thing I hope from you is you'll stand with me. And this is bullshit. 

Orang kata, baik berpada-pada. Menyesal aku baik tak berpada-pada. Kononnya fikirkan dia seorang bapa kepada anak. 

Aku tak malu post semua keburukan aku di sini. Aku bukan sesiapa, aku cuma Ayu. Tiada siapa pun peduli. Di Facebook sahaja tempat aku kumpul semangat. 


Kempen "Fight For Fatteh - Kembalikan Hak Penjagaan Bayi Kepada Ibunya"

Bermula hari ini, segala ikhtiar sedang digerakkan melalui saluran undang-undang Syariah, setelah usaha yang lebih diplomasi bagi menutup aib keluarga masing-masing bukan sahaja ditolak mentah-mentah, malah disulami dengan kata-kata fitnah, nista serta berbaur ugutan kerana mereka merasakan diri mereka lebih kaya, lebih Islam dan lebih besar dari hukum Allah. 

Kami yakin, masih ramai manusia di luar sana tidak boleh disogok dengan wang ringgit. Masih ramai yang cerdik pandai di luar sana yang ilmu agamanya bukan untuk dijual beli. Masih ramai insan di luar sana yang bijak menilai baik buruk duduk perkara. Kebenaran pasti terbukti, kejahilan pasti tersingkap. 


Anda boleh like dan share serta memberi dalil mengapa kempen ini mampu mampu memperolehi kejayaan dan seterusnya meletakkan taraf seorang ibu di tempat yang sepatutnya. InshaAllah. Doakan kami, Allah kan ada. - Ayu Aziz II | PIXEL MEDIA
Sumber: http://ift.tt/1LIr1Tq


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.