Agama

'Indahnya Islam'

Micheal memeluk islam selepas tertarik dengan kebebasan mempelajari agama di Malaysia


Kuala Lumpur: “Kali pertama saya jatuh cinta dengan Islam adalah selepas menyaksikan sendiri bagaimana keluarga angkat Muslim di Malaysia khusyuk mengerjakan solat lima waktu sehari,”
Akui Micheal Ruppert, 29, yang terbuka hatinya memeluk Islam pada September tahun lalu selepas melancong di beberapa negeri seperti Perak, Pahang dan ibu negara itu selain turut mengagumi keindahan Islam yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Menceritakan kembali, pemuda kelahiran Belanda itu tidak pernah membayangkan dirinya akan memeluk Islam, namun dia seolah-olah tidak dapat berhenti mengenali Islam selepas menghadiri kelas fardhu ain pertama di Masjid Negara yang dibuka khas untuk orang awam termasuk bukan Islam.
“Saya memang gemar melancong sejak remaja lagi dan kunjungan kali pertama ke Malaysia termasuk Masjid Negara banyak mengubah diri saya.
“Saya akan teruskan melancong ke banyak negara lagi biarpun sudah bergelar Muslim kerana saya ingin menikmati seberapa banyak keindahan Islam di seluruh dunia,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.
Nur Lela Zulkipli
nurlela@hmetro.com.my

Islam memang indah.. mari share artikel ini

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.