April 2015, aku pergi Broga dengan Zana. Malam itu, kami pergi tengok wayang. Sekali Acid join sekali pada malam itu. Zana cerita pada dia yang aku nak pergi bekerja di Australia. Acid kata dia nak ikut. Aku pun apa lagi, jomlah. Aku tak kisah tapi aku nak pergi selama lima tahun dan tak balik ke Malaysia. Namun, Zana tak bagi. Selepas itu, krik..krik..krik.. diam.
Beberapa minggu selepas itu, ada nombor yang tidak dikenali menghubungi aku. Kitorang memang ada group kerja Aussie. Seklai kawan aku masukkan Acid dalam group itu. Terkejut aku! Kemudian Acid mesej aku secara personal melalui WhatsApp.
"Jangan beritahu Zana ye," katanya
"Hal kau dengan Zana, aku tak nak campur," tegas aku.
Sejak dari itu, Acid rajin mesej aku, meluahkan masalah dia. Dia mempunyai masalah kewangan, banyak hutang dan disebabkan itu dia nak bekerja di Aussie untuk selesaikan hutang dia dan nak berkahwin. Katanya, di sini tiada orang yang mahu menolak dia, sebab itu dia nekad nak pergi ke Aussie mencari duit.
Aku bersimpati dan aku faham perasaan tak ada duit dan berhutang ini.
"Kalau kau betul nak pergi Aussie, aku dahulukan duit aku untuk beli tiket pergi balik RM1,500. Tetapi kau kena bayarlah balik. Aku pun tak berduit sangat,"
Silap besar aku tawarkan pertolongan kepada dia sebab, selepas itu Acid memperlakukan aku seperti mesin ATM.
Ada sekali Acid nak meminjam dari aku RM3,500. Telan air liur aku. Gaji aku sebulan pun RM1,500.
"Aku mana ada duit sebanyak itu?"
Jadi aku pun bantu mengikut kemampuan aku sebab nanti bila di Aussie kami susah senang tetap bersama. Tetapi dengan syarat dia perlu membayar balik. Punyalah susah Acid sampai dia kata nak jual kereta dengan adik beradik sebab semua tak nak tolong.
Then, aku dapat duit claim kereta RM5,000. RM3,000 aku pinjamkan pada Acid dan suruh dia selesaikan perkara penting sebelum kitorang pergi ke Aussie. Barang rumah aku jual. Televisyen, peti sejuk, mesin basuh, malah skuter pun aku jual sebab nak buat modal pergi ke Aussie.
Aku cakap dengan Acid, carilah kerja dulu sementara nak menunggu pergi ke Aussie. Dia kata tak ada kerja yang sesuai. Bagi aku, dia sebenarnya memilih kerja. Aku suruh dia kerja customer service, dia tak nak.
Bulan 6, aku cakap dengan Acid, pergilah renew passport. Tetapi dia bagi alasan tak mampu sebab tak ada duit. Guna duit aku lagi, RM200 untuk buat passport. Kemudian, passport dia serahkan kepada aku untuk buat visa. Duit visa RM20 pun duit aku juga yang digunakan.
Pertengahan Jun, Acid mesej lagi nak pinjam RM300 sebab kereta dia rosak. Aku cakap aku tak ada duit sebanyak itu. Tetapi aku hulur RM150 juga, sebab hanya itu saja yang aku ada.
Awal bulan 7, aku cakap dengan Acid;
"Bawa backpack saja nanti bila pergi ke Aussie. Kita nak pindah randah, susah kalau bawa luggage. "
Acid cakap, "Aku tak ada backpack sebab dah rosakkan," alasan dia.
Terpaksalah beli backpack karrimor baru, menggunakan duit aku lagi, RM300.
"Bawa backpack saja nanti bila pergi ke Aussie. Kita nak pindah randah, susah kalau bawa luggage. "
Acid cakap, "Aku tak ada backpack sebab dah rosakkan," alasan dia.
Terpaksalah beli backpack karrimor baru, menggunakan duit aku lagi, RM300.
Since kitorang akan arrive Aussie time winter, aku suruh dia bawa winter clothes. Mati sejuk beku kang kalau tak prepare. Ya, terpaksa aku keluarkan RM150 untuk dia beli longjohn, winter sock, gloves dengan travel adapter.
Passport Acid masih ada pada aku. Dia terlupa nak ambil dan aku pun terlupa nak serahkan kembali. Dia cakap dia nak pergi ke Bangkok bila raya keenam kot, aku tak ingat sangat konon nak cop passport.
"Aiseh macam mana ni passport kat aku. Takpelah," aku dengan gigihnya pergi ke rumah bapa dia di JB sana untuk hantarkan passport dia.
Sebelum terbang ke Aussie, aku pergi travel Luang Prabang, Acid pergi Bangkok. Masa di Luang Prabang, Acid mesej aku nak pinjam RM300. Dia tidak tahu nak cakap dengan siapa lagi sebab dia kata passport dia hilang.
"Jangan buat hal Acid! Kita dah nak terbang ke Aussie ni!"
Aku jenis travel memang bawa duit ngam-ngam dan dalam CIMB aku memang dah tak ada duit lagi. Aku pergi tebalkan muka tanya budak runners siapa ada RM300, minta bank in kepada Acid sebab passport dia hilang di Bangkok.
"Boleh ke buat passport baru di Bangkok?" soal ku.
"Boleh, buat di kedutaan Malaysia," katanya yang mula membuat aku berasa curiga.
Aku bawa RM3000 = AU$1,000 untuk show off money kepada pihak Immigresen. Mak risau aku tak cukup duit untuk survive, dia bagi lagi RM3,000 (AU$1,000) dan RM500 sebagai duit kecemasan.
Duit AU$1,000 itu aku berikan kepada Acid untuk dia buat show off money di Imigresen dan kemudian pulangkan balik kepada aku. Paling best, dia lupa duit itu aku dan terus saja dia pegang duit itu seperti dia dia sendiri. Aku dah mula sedar, ada sesuatu yang tidak kena.
Oh ya lupa, hostel di Sydney semuanya menggunakan duit aku. Makanan aku bawa dari Malaysia untuk survive seminggu, pun duit aku juga. Acid pula jadi seperti raja, semua aku prepare untuk dia.
30 Julai 2015, aku dengan Acid selamat mendarat di Sydney. Duit AU$1,000 itu memang sudah menjadi duit dia kekdahnya. Aku perhatikan saja perangai Dia. Pergi makan mahal-mahal, satu meal makan sudah cecah AU$15, tiga kali meal pula tu. Nak lagi besar, dia siap shopping kasut dan sweater baru AU$100 di kala aku punyalah berjimat. Siap dia pergi kelas yoga dengan bayaran AU$20 lagi. Memang babi sangat perangai.
Ada satu malam di Sydney, kitorang nak register line phone di sini tetapi kena letak nombor passport. Guess what? Aku terjumpa passport yang sama, yang kononnya hilang di Bangkok itu. Sebenarnya passport dia tak hilang pun di Bangkok, tak faham apa motif dia sampai nak menipu. Masa itu memang kepercayaan aku hampir hilang pada dia. Tetapi aku diam saja, lagi pun kami baru sampai Aussie masa itu dan kononnya nak susah senang bersama-sama kan.
Dari Sydney, kami bergerak ke Coffs Harbour. Duit tren AU$50 pun duit aku juga. Dalam train makan sampai AU$80 pun duit aku juga. Dia makan salmon okay, ikan salmon. Nak makan makanan yang sihat katanya. Sampai di Coffs Harbour, kena bayar AU$50 duit transport pada kontraktor dan duit sewa dua minggu AU$220.
Then tak cukup duit nak bayar, aku terpaksa pergi bank tukar habis RM500 ke AU$ dapatlah AU$100++. Duit itulah nak survive makan dua minggu. Itu pun time pergi pasar raya dok bershopping barang dia. Botol air AU$10, stokinglah, spenderlah. Hangin aku ni, hangin! Punya susah, kau bayangkanlah. Makan spegethi kongsi sepinggan aku dengan Acid. Dua minggu juga kitorang tak ada kerja.
Then rezeki Acid dapat kerja okay dan gaji pun okay. Bila dah berduit, aku nampak perangai Acid yang sebenarnya. Breakfast di kedai mahal, beli baju mahal, seluar mahal dan aku hanya pakai bunble saja. Ada sehari aku minta Acid beli lens dan dia minta on the spot AU$90. Aku sound balik kata,
"Kan ada duit aku AU$3,000 pada kau?!"
Dia boleh pula ter'eh-eh, buat-buat lupa duit apa. Aku bengang dan kata jangan lupa yang dia berhutang dengan aku. Sepanjang dia berduit memang dia boros dan acah-acah kaya. Langsung tak ada tanda yang dia akan bayar balik duit aku. Lebih menarik lagi, dua bulan di Aussie, aku mendapat tahu yang Acid nak keluar dari Aussie. Tak nak jadi illegal, dia nak pergi ke Jepunlah, Lomboklah, nak cop passport.
Macam sial sangat! Manusia memang mudah lupa bila ada duit. Gebang pada orang nak stay 5 tahun di Aussie. Sekarang baru 2 bulan dah menggelupur nak balik. Dia balik ke Malaysia pun tak inform aku. Best kan perangai?
Sepanjang di Aussie, jangan cakaplah;
1. Siap pergi gym sebulan bayar AU$80, dengan alasan dia mahu badan dia dah kecut, 6 pack dah hilang.
2. Beli makanan Jammie Oliver dengan alasan dia murah dan ada offer. C'monlah, ada offer tak semestinya kau kena beli. Duit itu simpan dan berjimat, kita bukan di Malaysia.
3. Aku beli sabun basuh paling murah jenama homebrand 4kg baru AU$3. Dia beli sabun mahal siap ada pewangi lagi okay.
Bulan 2 aku mesej lagi dan dan suruh dia bayarlah RM50 sebulan. 10 tahun tak habis pun lagi hutang dia pada aku. Tetapi dia berikan alasan yang bapanya sakit. Baik, aku bersabar lagi. Tetapi dah setahun bersabar dan dia mendiamkan diri, memang dia minta kena maki. Dia langsung tak ada manners nak minta maaf tak dapat bayar hutang. Masa nak pinjma bukan main lagi WhatsApp setiap hari.
Siapa nak printsreen kepada Acid, silakan. Lagi bagus dan biar dia sedar diri. Aku beri kau masa 5 hari untuk mula bayar hutang. Sikit-sikit pun tak mengapa, janji bayar atau jika tidak, aku akah failkan saman terhadap kau di mahkamah.
Untuk pengetahuan, Acid cuma pernah bayar AU$300 = RM900. Yang lain masih belum dibayar Bukti bank in semua ada di Malaysia, sekarang aku di Aussie dan WhatsApp yang dia nak pinjam duit memang tak ada sebab aku perlu clearkan all conversation sebelum masuk Aussie sebab risau kantoi di imigresen Aussie. - Marea Kaftia | PIXEL MEDIA
Sumber: http://ift.tt/1LIr1Tq
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :