Umum

UPDATE: Gempar! 8 Gambar misteri 30 remaja redah Villa Nabila, hanya 7 dapat keluar!

Gempar hari ini apabila sekumpulan anak muda dilaporkan telah hilang di sebuah villa yang terkenal dengan cerita-cerita mistik dan seram iaitu Villa Nabila, berhampiran Danga Bay, Johor Bahru.
Ramai yang menceritakan villa tersebut telah menjadi sarang makhluk halus berikutan ditinggalkan tanpa berpenghuni. Ada juga yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun telah dibunuh dan ditanam di dalam dinding villa berkenaan oleh orang gaji keluarga kanak-kanak itu suatu ketika dulu. 

Namun, pada 16 November 2013, dilaporkan sekumpulan remaja yang dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala "seekers" . Daripada 30 orang yang memasuki Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang dapat keluar.

Setelah kejadian tersebut, polis menerima laporan daripada mangsa pada hari berikutnya. Anggota polis dan bomba sampai ke tempat kejadian namun dikatakan masih belum menemui mangsa-mangsa yang hilang.

Menurut sumber, polis dan bomba yang menjalankan operasi pengesanan remaja yang hilang menemui jalan buntu walaupun dengan bantuan anjing pengesan. Namun apa yang menjadi misteri, ada yang mendengar suara meminta tolong daripada kawasan villa tersebut.


Sehingga pagi ini, 18 November 2013, kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih belum dijumpai dan dikhuatiri telah sembunyikan oleh jin dengan izinNya.  Doakan keselamatan mereka semoga dalam perlindungan yang Maha Berkuasa.

2 Gambar Kawasan Villa Nabila ketika siang:


Antara Versi Pelbagai Kisah Villa Nabila yang tersebar:

Versi 1 Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bahagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi pertama di atas adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. 

Versi 2 - Versi ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.

 UPDATE 

1) Laporan Berita TV3 ,TV9 dan Media arus perdana mengesahkan hanya 1 remaja yang hilang di Villa Nabila

Ibu kepada Mohd Izzat dalam temubual bersama Buletin TV3 pukul 8 malam tadi.


Berita di TV9 Mengesahkan 23 budak hilang adalah Khabar Angin
2) Namun terdapat penafian daripada saksi ditempat kejadian:

Menurut cerita dari page Misteri Villa Nabila, mereka mengiakan bahawa berita 23 orang hilang di Villa Nabila adalah benar walaupun wartawan program 999 TV3 telah menafikan khabar angin itu hanya seorang budak saja yang hilang. Baca cerita dibawah:

"Daripada keterangan Budak yang telah di rasuk itu . Dia tidak pasti sama ada Kawan2 nye yang seramai 23 orang itu hilang atau balik ke rumah . Sebab Selepas pukul 5 atau 6 semua jalan berasingan . Sekarang Mahklum itu hendak benda yang busuk berbentuk 4 segi yang telah di ambil Budak yang bernama razak . Tetapi Budak yang telah di interview ini tidak kenal budak yang bernama Razak . Sekarang Mahkluk Itu memberi Masa 3 hari Untk Memulangkan Kembali barang itu , kalau Tidak mahkluk itu akan mengambil Seorang budak perempuan "

3) Penampakan hantu dalam operasi menyelamat?

Heboh gambar ini disebarkan di media sosial. Melalui bulatan merah yang kononnya terdapat perempuan berambut panjang. Admin cuba zoom namun hanya ini yang nampak jelas. Ada yang perasan?

4) Lagi saksi yang betul-betul berada di tempat kejadian, mengaku berada di situasi tersebut. 
Izral Jailani dalam komennya turut menafikan hanya seorang yang hilang. Katanya dah jumpa 8 orang. Malah dia dengan yakin mengatakan DYMM Sultan Johor akan tiba ke Villa Nabila tidak lama lagi. Dengan kenyataan yang berani begitu, maka cerita kejadian 23 orang hilang semakin kukuh. Namun sama-sama kita nantikan update seterusnya. (Berita ini tidak sahih)
5) Lagi Gambar antara remaja yang terselamat


6) Gambar-gambar terkini kawasan Villa Nabila dikerumuni orang awam yang ingin mengetahui kisah sebenar di tempat kejadian


7) Lagi cerita yang agak meyakinkan daripada saudara Aminnur di status terbaru beliau mengenai Villa Nabilla:

8) Seorang Pegawai Polis menerangkan kejadian ini dan menganggap banyak berita di media sosial adalah berbentuk "hearsay"


9) Lagi pengalaman pengunjung Villa Nabila sebelum ini

\\
10) Remaja, Izzat Izzudin Husin dilaporkan hilang Sabtu lalu telah ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru selepas tengah malam tadi -Mynewshub. 

Oleh : Sri Wani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.