Umum

Subhanallah karangan pelajar 11 tahun ini telah menyebabkan gurunya menistiskan air mata

1SbFW4W

SayuCoretan hati adik 11 tahun ini menyentuh hati guru yang membacanya
Tersentuh hati Abang Lan bila membaca karangan Adik Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan 11 tahun dari Kampung Pulau Kapas Demit Kubang Kerian Kelantan ini. Semoga anak-anak keluarga ini berjaya di dunia dan akhirat.

Saya orang miskin, saya selalu bawa duit RM1 sehari. Kalau ada (kelas) Fardu Ain, saya bawa RM2. Ayah saya pula kerja buat rumah batu dan ayah selalu berhutang dengan orang.
Kalau ayah saya dapat gaji, ayah saya bayar hutang orang lain sampai saya dan keluarga tak dapat makan.

Kalau saya tak dapat makan, saya dan adik saya pergi cari ubi kayu.
Kadang-kadang saya tak dapat makan ubi kayu, saya bagi adik. Saya tak makan pun tak pe.
Itu antara bait ayat yang dikarang Nik Nur Kamelia Nik Mohd Iruan, 11, ketika diminta guru bahasa Inggeris sekolahnya menulis karangan mengenai Myself pada hari kedua persekolahan, minggu lalu.
Karangan menyentuh hati itu ditulis murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Demit berkenaan dalam bahasa Melayu kerana mendakwa tidak tahu menulis dalam bahasa Inggeris.

Disalin daripada Roslan Ismail

> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

Sumber: superkiram

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang



Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.