Umum

Sedap Ke Durian Bakar Ni?

screen-shot-2016-06-21-at-2-45-15-pm
Oleh Feyra Nasrom Sumber mynewshub
Durian sedap kot, siapa yang tak suka makan durian memang rugi. Banyak-banyak buah, durian paling wajib kena makan bila tiba musim raja buah ni. Adat makan berpesta tepi jalan tu perkara biasa, berpusu-pusu kot yang datang.
Selain makan begitu sahaja, isi durian boleh dibuat sebagai tempoyak, cendol, manisan dan sebagainya. Pasti semua dah biasa makan kan? Beberapa hari ni, viral di laman sesawang bekenaan durian bakar. Apa rasa ?  Menerusi gambar dan info yang kami terima, durian tersebut dibakar sekali dengan kulit sebelum isi dalamnya dimakan. Orang ramai cakap rasa durian bakar tak sama macam durian biasa yang kita makan.
Ramai yang tertanya-tanya, apa kelainannnya? Menurut penggemar buah durian, mereka menyifatkan isi durian akan jadi lebih lembut, lebih manis dan berlemak.
Kalau tak percaya, boleh cuba sendiri.
Sekarang kan musim durian, apa kata cuba evolusi baharu ni. Fuh macam menarik je. Hehe
screen-shot-2016-06-21-at-2-44-49-pm
screen-shot-2016-06-21-at-2-39-57-pm
screen-shot-2016-06-21-at-2-44-57-pm



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.