Adakah kenyataan mereka ada kebenarannya? Mari kita lihat apa yang berlaku dalam mulut anda ketika gigi dirawat dan adakah ia membuatkan puasa anda batal secara langsung.
Antara sebab-sebab terbatalnya puasa pula adalah makan, minum atau merokok dengan sengaja, muntah dengan sengaja, datang haid atau nifas, dan melakukan aktiviti seksual.
Dari segi perubatan, terdapat beberapa perkara dan prosedur yang boleh dijalankan seperti biasa walaupun anda sedang berpuasa. Contoh-contoh perkara yang tidak membatalkan puasa adalah seperti berikut:
- Ubat titis untuk mata, hidung dan telinga
- Ubat suntikan
- Ubat inhaler
- Ujian darah
Rawatan Pergigian Ketika Berpuasa
Rawatan pergigian rutin seperti scaling, rawatan tampalan dan cabutan sepatutnya tidak membatalkan puasa. Terdapat pelbagai garis panduan dalam Islam yang ditetapkan dengan tujuan untuk memudahkan urusan ibadat dan kehidupan seharian penganutnya. Islam juga turut menitikberatkan penjagaan kesihatan umatnya.1) Suntikan Bius Setempat
Prosedur ini termasuk dalam kategori ubat suntikan yang tidak membatalkan puasa.
2) Cabutan Gigi
Ubat penahan sakit dalam bentuk tablet perlu diambil dengan ditelan, dan akan membatalkan puasa anda.
3) Rawatan Scaling Dan Tampalan
Penyemburan air suling ini diperlukan supaya alat tersebut tidak menjadi panas kerana haba yang terhasil boleh memudaratkan gigi anda.Selagi anda tidak menelan air suling tersebut, puasa anda kemungkinan besar masih sah. Alat penyedut (suction device) ada digunakan untuk menyedut air suling dan air liur yang terkumpul dalam mulut anda ketika rawatan.
Anda juga boleh meludah ketika rawatan sekiranya air yang terkumpul membuatkan anda berasa tidak selesa.Kadangkala, rubber dam (penghadang getah) turut dipasang ketika rawatan. Penggunaan rubber dam mengasingkan gigi yang dirawat dengan kawasan mulut lain dan oleh itu akan menghalang air suling daripada mengalir masuk ke dalam mulut anda.
4) Ubat Kumur
Kebersihan Mulut
Adalah penting untuk anda membersihkan mulut anda dengan teliti sebelum tidur dan juga selepas bersahur, serta meminum air yang cukup ketika berbuka untuk menghidrasikan badan anda setelah seharian berpuasa.Penggunaan berus gigi dengan ubat gigi dan juga ubat kumur dibenarkan ketika berpuasa, selagi anda tidak menggunakannya secara keterlaluan. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan mulut untuk memastikan bahawa bau mulut anda bukanlah berpunca daripada penyakit oral seperti karies gigi, penyakit gusi, nanah, kanser, dan sebagainya.
Pengambilan Ubat Secara Oral
Contohnya, untuk ubat yang perlu dimakan tiga kali sehari, anda mungkin boleh mengambilnya pada waktu berbuka, sebelum tidur dan waktu bersahur. Yang penting, sekiranya anda ragu-ragu tentang tatacara pengambilan ubat pada bulan puasa, anda perlu menyuarakannya dan berbincang dengan doktor gigi anda untuk mencari alternatif dan mencapai kata sepakat yang terbaik untuk memulihkan kembali kesihatan mulut anda.
Berpuasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak menjaga kebersihan mulut dan mendapatkan rawatan pergigian, selari dengan pegangan Islam yang mementingkan kebersihan dan kesihatan.
Nabi Muhammad s.a.w. sangat menitikberatkan kebersihan mulut seperti dalam hadisnya dari Abu Hurairah r.a. yang berbunyi,
“Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu sebelum berwuduk.”The post Rawatan Pergigian Yang Tidak Membatalkan Puasa appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :