Sensasi

Penipuan zainol macwilson terbongkar?

3-Penipuan-Zainol-MacWilson-Terbongkar-R
Berikutan gambar pernikahannya yang dikirimkan kepada kami tersebar baru-baru ini, pelakon Zainol MacWilson melalui BH Online menafikan perkara tersebut namun dalam masa yang sama, bekas suami wanita yang dikahwininya itu mengesahkan berita perkahwinan pasangan tersebut.
Melalui laporan mStar Online, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Rizal tersebut menyatakan bahawa mereka sememangnya telah pun bernikah selain turut menyifatkan Zainol sebagai pengecut kerana tidak berani menjelaskan perkara yang sebenar.
Benar wanita dalam gambar berkenaan adalah bekas isteri saya dan mereka telah pun berkahwin pada Ahad lalu di kawasan kampung ini juga. Saya dapat tahu pun daripada penduduk kampung lain dan cerita mengenai pernikahan mereka cepat tersebar
Kenyataan Zainol menafikan perkahwinan tersebut menunjukkan dia seorang penakut untuk mengakui kebenaran tetapi sampai bila dia ingin menipu? katanya yang turut menjelaskan bahawa rumatangganya runtuh kerana pelakon lelaki tersebut dan diakhiri dengan penceraian pada Januari lalu.
adv.php?sid=332179965797
Rizal bagaimanapun tidak menyimpan sebarang dendam namun kasihan terhadap perkahwinan tersebut. Sementara itu, Zainol turut menyatakan gambar pernikahan yang tersebar hanyalah sekadar lakonan di dalam drama Dia Semanis Honey yang dibintanginya, namun perkara itu disangkal oleh pengarah drama itu sendiri. (rtky/s)



SUMBER
mstar online
Sumber: Rotikaya

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.