Kesan sampingan bermaksud kesan yang tidak diingini selain dari kesan terapeutik dan berlaku disebabkan oleh mekanisma tindakan ubat terhadap badan. Setiap ubat mempunyai profil kesan sampingan yang tersendiri. Ia terbahagi kepada beberapa tahap. Iaitu dari kesan sampingan yang biasa dilaporkan dan kesan sampingan yang jarang dan parah (Adverse Reaction).
Terdapat juga kesan sampingan yang bersifat sementara dan juga bersifat kekal kepada pengguna.
Bagaimanapun sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Contohnya adalah ubat Allopurinol yang digunakan untuk mengurangkan paras asid urik dalam darah.Ubat tersebut dilaporkan menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti Steven Johnson Syndrome yang melibatkan kematian sel-sel kulit. Maka dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha memastikan ubat-ubat sedemikian adalah rasional dan dipantau ketat.
Alahan yang biasa dilaporkan adalah alahan terhadap antibiotik dari kumpulan Penicillin (Amoxycillin dan Ampicillin) yang dipreskrib untuk rawatan jangkitan bakteria. Kesan alahan yang biasa dilaporkan adalah ruam gatal dan bengkak.
Seseorang individu hanya boleh mengetahui dirinya mempunyai alahan selepas terdedah kepada ubat berkenaan dan mengalami kesan alahan ubat.
Tindakan yang perlu diambil:
- Anda perlu bertenang.
- Anda perlu menghubungi atau terus ke Unit Kecemasan Hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
- Bagi pengguna yang mengalami kesan sampingan, anda boleh melaporkan melalui portal www.bpfk.gov.my. Ia juga akan dilaporkan oleh doktor atau pegawai farmasi sebagai cara pemantauan kesan sampingan di Malaysia.
- Bagi pengguna yang mengalami alahan ubat-ubatan, satu Kad Alahan Ubat akan dikeluarkan oleh Unit Farmasi Hospital/ Klinik Kesihatan Awam selepas laporan pengesahan ubat dilengkapkan oleh pegawai perubatan. Kad ini penting dibawa bersama apabila mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berlainan untuk mengelakkan daripada diberi ubat-ubatan yang boleh menyebabkan alahan pada pengguna.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :