Malah doktor gigi palsu juga berani mengiklankan khidmat pemasangan pendakap gigi palsu, proses pemutihan gigi dan lain-lain lagi di Instagram, Facebook dan media sosial yang lain bagi menarik perhatian mereka yang terdesak menginginkan rawatan yang murah!
Pernahkah anda terfikir bahawa peralatan yang digunakan oleh doktor gigi palsu ini sudah dinyahkuman atau tidak?Bolehkah anda bayangkan peralatan yang digunakan mungkin telah digunapakai di dalam mulut pelanggan lain, yang anda tidak tahu latar belakang masalah kesihatan mereka, dimasukkan ke dalam mulut anda sendiri? Aduhai! Betapa banyaknya penyakit yang boleh merebak melalui air liur!
Kepada mereka yang mengimpikan gigi teratur dan menginginkan rawatan pendakap gigi, silalah dapatkan rawatan daripada doktor gigi yang diiktiraf dan bukannya membuat keputusan dengan memilih jalan yang singkat dengan menghubungi doktor gigi palsu mahupun mereka yang tidak bertauliah.
Sedarkah anda, pemasangan pendakap gigi oleh mereka yang tidak bertauliah akan menyebabkan gusi bengkak, gigi menjadi longgar dan akhirnya mengakibatkan kehilangan gigi?Sudahlah duit telah dilaburkan untuk pemakaian pendakap gigi, kini terpaksa pula menanggung kesan buruk dan kos rawatan tambahan untuk membaik pulih gusi dan gigi yang ‘dirosakkan’ oleh doktor gigi palsu.
Begitu juga dengan diri kita sendiri. Hargailah apa yang telah Tuhan berikan kepada kita. Mungkin anda kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan pemasangan pendakap gigi yang mencapai harga beribu, tetapi berbaloikah anda membiarkan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan ke atas diri anda?
Berbaloikah sekiranya rawatan yang diberikan hanya menambahburukkan keadaan kesihatan mulut anda? Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri. Usah terburu-buru mengejar kecantikan dan tren masa kini, kelak diri anda sendiri yang binasa.The post Hati-Hati! Doktor Gigi Palsu! appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :