Meskipun mengakui hanya bergurau manja, namun tindakan Awal Ashaari, 35, yang baru-baru ini memuat naik status mengenai penggunaan perkataan bah yang menjadi dialek orang Sabah didakwa menyinggung perasaan negeri di bawah bayu itu.
Mereka (peminat dari Sabah) mendakwa Awal seakan-akan mempersendakan dialek mereka. Ekoran itu, pelbagai reaksi dan kritikan dilemparkan kepada pengacara Melodi itu.
Bagaimanapun, ada juga yang menganggap tindakan Awal itu sebenarnya bukan isu besar. Ini kerana, dakwa mereka Awal sendiri pun tidak tahu bertutur bahasa Sabah.
Berikut adalah temubual wartawan dengan Awal mengenai isu tersebut:
Wartawan: Adakah Awal sendiri menulis status itu?
AWAL: Ya, saya tulis sendiri dengan harapan mengajak semua peminat di sana untuk datang beramah mesra dengan kami sekeluarga.
Wartawawan: Apa sebenarnya niat Awal kerana ada peminat mendakwa anda cuba mempersendakan dialek orang Sabah?
AWAL: Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan bah bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ.
Wartawan: Terkejut tak bila status itu menjadi viral?
AWAL: Oh, jadi viral? Saya tak tahu pula. Saya tergesa-gesa naikkan status itu sekembalinya dari Madinah kerana esoknya kami terus kena pergi Sabah. Tak sangka pula status bergurau saya diambil serius oleh sesetengah orang dan menganggap saya memperlekehkan bahasa mereka.
Wartawan: Ada berkesempatan menjenguk setiap komen peminat?
AWAL: Sempat juga saya baca dan balas komen yang mereka faham ia bukan disengajakan. Syukur kebanyakan mereka faham status itu cuma gurauan maklumlah saya pun tidak mahir loghat Sabah. Bagaimanapun, ada juga yang terasa dan ambil serius sampai begitu sekali.
Wartawan: Ramai mahukan Awal minta maaf. Kesal tak dengan tindakan itu?
AWAL: Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja bahkan di Terengganu sekalipun. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka.
Wartawan: Apa pengajaran yang Awal dapat? Maklumlah, dalam pada berhati-hati pasti adakala kita terlepas pandang perkara kecil sebegitu.
AWAL: Peminat saya tahu bagaimana personaliti dan karakter saya yang seorang happy go lucky dan suka bercanda. Namun, dalam hal begini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan.
Yang pasti, saya bukan cakap lucah dan tidak beradab. Cuma ada penggunaan melebih perkataan bah itu saja. Tidak mengapa, saya mahu memohon maaf sekiranya status itu memang menyinggung perasaan masyarakat Sabah.
Sumber: HarianMetro – Foto: Awal IG
Sumber: myartis
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :