Bayam
Bayam mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan dengan memasak bayam secara sihat dengan dikukus, direbus, atau dijadikan salad.
Brokoli
Brokoli membantu membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang menggangu hormon-hormon kehamilan normal.
Daun Bit
Biasanya kita dengar manfaat ubi bit tapi jarang dengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya dengan zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya Vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.
Biji Labu dan Tiram
Biji Labu dan Tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.
Pengambilan sayur seperti diatas membantu menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom. Semoga menjadi manfaat pada yang sedang merancang untuk menimang cahaya mata.
Sumber: Sajakongsi
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :