Umum

10 Fakta Menarik Tentang Pengguna Tangan Kidal


Gambar hiasan.
Oleh Ezaura Rafe. Sumber Ohmymedia
Populasi Orang kidal selalunya lebih rendah berbanding pengguna tangan kanan, jadi kebanyakkan barang-barang yang dicipta antaranya gunting, pemotong kulit buah, kerusi peperiksaan, sememangnya untuk yang menggunakan tangan kanan. Bukan orang kidal tak boleh gunakan, tapi sedikit susah untuk menggunakan apabila dalam keadaan terbalik. Jangan rasa janggal dan rendah diri kerana orang kidal mempunyai keistimewaannya tersendiri, antaranya :
1. Menurut statistik dari sebuah populasi, lebih ramai lelaki kidal berbanding wanita.
2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
3. Jika kedua ibu bapa adalah kidal, dalam 50% berkemungkinan mereka akan mendapat keturunan kidal. Manakala jika kedua ibu bapa tidak kidal, kemungkinan akan jatuh pada 2% saja.
4.  Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
5. 4 dari 5 orang designer komuter Mac dilaporkan kidal.
6. Orang kidal dikatakan lebih pada bersukan,dan berfikiran lebih cepat.
7. Orang tangan kidal lebih kreatif dan dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah serta memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
8.  Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)
9.  Orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.
10. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.