Umum

Otak Bayi Di Luar Tengkorak & Doktor Nasihat Gugurkan Kandungan. Apa Yg Jd Slps Itu MENGEJUTKAN !!!

Otak Bayi Di Luar Tengkorak & Doktor Nasihat Gugurkan Kandungan. Apa Yg Jd Slps Itu MENGEJUTKAN !!! | Bayi Jayden Moyo dilahirkan dalam keadaan luar biasa dan jarang berlaku dengan otaknya berada di luar tengkorak kepalanya.

Kedua-dua ibu bapanya, Thembe dan Sipho diberitahu oleh doktor yang mereka akan melahirkan bayi yang bukan seperti manusia dan dinasihatkan supaya menggugurkan kandungan.

Namun begitu, Jayden tetap dilahirkan dan dia menjalani pembedahan selama 6 jam untuk meletakkan otaknya kembali ke dalam tengkoraknya.

Pembedahan itu telah berjaya dan bayi Jayden kini membesar dengan sihat dan gembira tanpa apa-apa kecederaan kekal.

Jayden Moyo yang dilahirkan di Perth, Australia dengan ketumbuhan besar di luar kepalanya yang mana otaknya membesar melalui lubang di antara dua matanya dan keadaan ini disebut nasal encephalocele.

Bayi Jayden Moyo dilahirkan dengan otaknya berada di luar tengkorak dan keadaan luarbiasa ini dipanggil nasal encephalocele

Tetapi selepas pembedahan berisiko selama enam jam berturut-turut, Jayden mengejutkan para doktor dengan perkembangannya dan kini dia adalah kanak-kanak yang gembira.

Kecacatan Jayden ditemui semasa umur kandungan ibunya, Thembe berusia 21 minggu dan bersama suaminya, Sipho  berita mengejutkan itu telah diberitahu oleh doktor.

Sipho Moyo menyatakan, “Kami menghadapinya, Kami berasa takut. Perasaan kami luluh. Kami  menitiskan air mata.”

“Dalam ayat yang lain, mereka memberi maksud anak kami tidak akan dilahirkan seperti mana manusia yang lain.”

Pasangan itu dengan segera telah menolak nasihat doktor supaya menggugurkan kandungan dan mereka membuat keputusan untuk melahirkan Jayden. Selepas dilahirkan seminggu kemudian, Jayden melalui pembedahan yang berisiko tinggi .

Pihak hospital mengumpulkan 10 orang pakar bedah untuk meletakkan kembali otak Jayden ke dalam tengkorak kepalanya, dan dikatakan yang ia merupakan ketumbuhan terbesar yang mereka pernah lihat.

Para doktor berkata yang pembedahan ini begitu berjaya sehingga Jayden tidak mengalami sebarang kecederaan kekal dan dia hanya memerlukan pembedahan plastik ke atas hidungnya di masa depan.

Sipho Moyo berkata, “Jayden membuat kami berasa gembira. Dia sentiasa tersenyum walaupun dengan apa yang telah dilaluinya. Dia kanak-kanak ajaib dan hebat.”

Jayden Moyo bersama ibunya, Thembe dan bapanya, Sipho

Kredit : Era Baru

P.S. 1 – Mak Nak Pinjam Duit Si Anak Untuk Beli Barang Dapur. Jawapan Si Anak Ini Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 2 – Penduduk Kawasan Ini Menanam Sejenis Tumbuhan Untuk Halau Nyamuk. Tapi Keesokannya Ini Yang Terjadi !!!
P.S. 3 – Ditegur Oleh Juruwang Kerana Kanak² Ini Beli Patung Hitam. Jawapan Kanak² Ini Buat Juruwang Itu TERDIAM !!!
P.S. 4 – Tak Tahan Anak Tengking Depan Doktor. Apa Yang Pakcik Ini Minta Buat Ramai MENANGIS !!!
P.S. 5 – Diabaikan Oleh Anak Dan Keluarga. Kisah Makcik Ini Bersama Anak Patungnya Buat Ramai Orang MENANGIS !!!

The post Otak Bayi Di Luar Tengkorak & Doktor Nasihat Gugurkan Kandungan. Apa Yg Jd Slps Itu MENGEJUTKAN !!! appeared first on SINAR HARIANI.



Sumber: sinarhariani


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.