RootOfSience

Kisah Glutathione dan Aksi Pemutih

Ramai yang ambil, ada yang tahu, ada yang tak tahu. Pakat main ambil.

Glutathione (GSH) adalah peptida yang mengandungi 3 asid amino dan kumpulan sulfidril. Mesti ramai tertanya, buat apa nak tahu struktur, penting sebab akan faham kenapa ia tak berapa berkesan bila makan suplemen Glutathione.

Glutathione dikaitkan untuk pencegahan kanser, dikaitkan dengan immunologi dan pelbagai proses penting dalam tubuh.

Struktur glutathione

Glutathione dihasilkan dalam badan kita, penting untuk antioksidan. Penting untuk pelbagai benda tapi tidak sampai boleh putihkan kulit dengan pil glutathione. Kalau ambil secara ‘injection’ mungkin boleh. Nah, jangan pula lepas ni pakat ambil glutathione secara ‘injection’. Tiada bukti klinikal yang didapati membuktikan suntikan glutathione mampu memutihkan kulit.

Orang kita, asal ada produk plant stem cell, glutathione, kolagen,  rasa nak ambil, nak makan, nak muda semula. Nak tahu apa yang bagus untuk masa tua nanti? Puasa. Puasa Isnin Khamis tu memang terbukti boleh bantu ingat banyak benda, tidak akan nyanyuk awal. Kajian kami melibatkan hampir 3000 orang tua di seluruh Malaysia membuktikan Puasa Isnin dan Khamis merupakan salah satu faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan fungsi kognitif.

Berbalik pada Glutathione. Glutathione ini disintesis dalam tubuh badan, ia tidak akan begitu mudah boleh ditingkatkan. Ada juga kajian lepas menyatakan ia boleh ditingkatkan oleh sistem badan kita. Bukan dengan pil, bukan secara oral. Glutathione lebih mudah diserap melalui intravenous, dan intramuscular. Bila kita ambil secara oral, pertamanya kita pasti glutathione itu sintetik dan akan hancur. Peptida apabila masuk perut akan terurai.

Berdasarkan kajian terdahulu, jika mahu menggunakan pil glutathione, kita perlu mengambil sekitar 14 pil dengan dos 500 mg/pil setiap hari untuk meningkatkan aras glutathione dalam darah.

Jika mahu tingkatkan glutathione. Mudah.

Ambil makanan ada kumpulan sulfur, tergolong dalam, cruciferous vegetable. Bok Choy, Brokoli, Kobis, Kobis Bunga. Ambil, masak dan makan.

Ambil juga makanan yang kaya folat dan methionine. Makanan ini boleh bantu tingkatkan penghasilan glutathione oleh tubuh sendiri. Ambil makanan kaya folat, ambillah bayam, bayam merah, kacang dhal dan sebagainya.

Seterusnya, ada juga penyelidikan yang mengatakan glutathione boleh ditingkatkan dengan pengambilan vitamin C dan E. Jadi, anda boleh tingkatkan pengambilan buah sitrus anda.

Nak sihat bukan dengan pil, selagi boleh makan benda dan makanan, makanlah dari sumber sebaiknya. Lainlah kalau sudah tua atau berusia.

Orang kita, suka ambil perkara dan kurang sedar akan bahana yang tersembunyi. Kolagen, glutathione, stem cell, bukan senang untuk diserap. Banyak kesan kebaikan direkodkan dari testimoni dan tiada penyelidikan kukuh dijalankan bagi melihat kehadiran bahan ini dalam tablet/serbuk minuman/produk yang dijual. Orang kita perlu sedar, cantik bukan dengan pil, cantik itu lebih mudah dan telus bila diwarnai dengan makanan yang sihat.

 

Contoh suplemen Glutathione di pasaran


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.