RootOfSience

Biar Buta Warna, Jangan Buta Hati

Cuba anda lihat gambar dibawah ini dengan teliti. Carta ini adalah salah satu komponen Ujian Ishihara bagi saringan buta warna. Apakah nombor yang terlihat?

Image result for colour blind

Jika anda melihat nombor 74 berwarna merah jingga, penglihatan anda tergolong dalam kategori normal. Jika anda melihat nombor 21 dalam gambar tersebut, anda berkemungkinan mempunyai masalah melihat warna merah-hijau. Manakala, jika anda tidak dapat melihat apa-apa nombor dalam gambar, anda mungkin mengidap buta warna total.

APA SEBENARNYA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BUTA WARNA?

Sebenarnya, buta warna bukanlah buta dalam istilah tidak dapat melihat atau mempunyai masalah penglihatan. Orang yang mempunyai kondisi buta warna dapat melihat seperti manusia normal. Mereka cuma mempunyai persepsi warna yang berbeza dari orang normal.

 

Image result for colour blind

 

Keadaan buta warna hanya menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan beberapa tona warna. Selalunya warna yang terlibat adalah merah, hijau dan biru. Ada juga orang yang tidak dapat memproses warna hijau atau merah sahaja. Warna tersebut mungkin terlihat kelabu atau mempunyai warna lain.

 

Image result for colour blind

 

 

Dalam kes yang ekstrem, sesetengah orang tidak dapat membezakan sebarang warna langsung. Semuanya terlihat hitam putih dan kelabu (bayangkan seperti menonton cerita hitam putih dalam kehidupan sebenar!)

BAGAIMANA KITA MELIHAT WARNA?

Kita melihat menggunakan mata yang berfungsi seperti kamera. Maklumat ini akan diterima oleh retina dalam mata (yang berfungsi menerima data imej, piksel dan RGB, CYMK. Maklumat ini kemudiannya akan dihantar ke otak untuk diinterpretasi menjadi gambar (yang kita lihat).

Eye anatomy; two-panel drawing shows the outside and inside of the eye. The top panel shows outside of the eye including the eyelid, pupil, sclera, and iris; the bottom panel shows inside of the eye including the cornea, lens, ciliary body, retina, choroid, optic nerve, and vitreous humor.

Retina mata mempunyai sel-sel neuron yang digelar reseptorfoto (photoreceptor) yang menukarkan maklumat tenaga cahaya (photon) yang masuk kedalam mata menjadi tenaga kimia dalam bentuk impuls maklumat yang dihantar ke otak. Jenis-jenis reseptorfoto yang penting dalam perbincangan ini adalah sel rod dan sel kon. Sel-sel neuron ini diberi nama sedemikian kerana bentuk mereka yang memanjang seperti rod dan satu lagi mempunyai bahagian ‘kepala’ seperti kon.

Related image

Sel rod aktif dalam keadaan cahaya yang rendah (keadaan suram dan gelap). Ia mempunyai pigmenfoto (photopigment) yang dinamakan rhodopsin untuk menukarkan photon kepada impuls maklumat. Namun, tidak mempunyai keupayaan untuk menginterpretasi warna. Sebab itulah kita melihat kebanyakan objek berwarna hitam putih pada waktu malam (tanpa bantuan cahaya terang).

Pigmenfoto adalah molekul protein yang mempunyai kompaun chromophore yang menyerap cahaya dan menukarkan tenaga cahaya kepada impuls neuron.

Sel kon pula berfungsi dengan aktif dalam cahaya terang. Ia mempunyai tiga jenis pigmenfoto yang berlainan chromophore. Setiap jenis sel kon sensitif terhadap spektrum cahaya yang berbeza (bergantung jenis chromophore yang dimiliki). Chromophore-chromopore ini mampu menyerap samaada spektrum cahaya biru (panjang gelombang 419 nm),  hijau (panjang gelombang 531 nm) dan merah (panjang gelombang 558 nm).

 

Kesemua maklumat ini akan dikumpulkan dan dihantar ke otak untuk diinterpretasikan sebagai pemandangan yang kita lihat saban waktu tika mata terbuka.

BAGAIMANA BUTA WARNA BERLAKU?

Ketidakupayaang melihat warna ini pasti bergantung dengan kondisi sel kon (dan sel rod). Jika terdapat mutasi atau kelainan genetik yang menyebabkan kerosakan sel kon, kita tidak akan dapat melihat warna dengan sempurna.

Image result for photoreceptor cells

Jika sel kon kita tidak berkeupayaan menghasilkan pigmenfoto misalnya, haruslah sel kon kita tidak mampu menyerap sesetengah spektrum cahaya. Natijahnya, tiada impuls maklumat warna sebenar yang dihantar ke otak. Maka tidaklah kita dapat menikmati keindahan warna tersebut.

Related image

Ada sesetengah orang tidak mempunyai sel kon, atau tidak menghasilkan sebarang pigmenfoto. Maka, orang ini mengalami buta warna lengkap tanpa upaya melihat warna. Ada sesetengah orang Cuma mengalami kelainan atau mutase pada gen mengekodkan pigmenfoto hijau, jadi dia tidak dapat membezakan warna hijau seperti normal.

BENARKAH LELAKI LEBIH BERISIKO MEMPUNYAI KONDISI BUTA WARNA?

Ya.

Oh tidak. Bukan lah saya bersifat chauvinist.

Tetapi sebenarnya gen yang mengekodkan pigmenfoto chromophore terletak pada kromosom X yang juga menentukan jantina. Keadaan buta warna adalah bersifat resesif autosomal. Keadaan ini hanya akan berlaku jika kita hanya mempunyai alel dari kromosom yang mempunyai gen resesif tersebut.

Perempuan mempunyai dua kromosom X, jadi perempuan memerlukan kedua-dua kromosom membawa gen resesif untuk mengalami kondisi buta warna. Lelaki pula hanya mempunyai satu salinan kromosom X. jika kromosom X yang diperoleh dari ibunya membawa gen resesif buta warna, sudah pastilah lelaki tersebut akan mengalami kondisi buta warna.

 

Jadi, siapa yang mengalami kondisi buta warna disini? Sila taip Aye!

 

RUJUKAN

Lee Ann Remington, Chapter 4 – Retina, In Clinical Anatomy and Physiology of the Visual System (Third Edition), Butterworth-Heinemann, Saint Louis, 2012, Pages 61-92, ISBN 9781437719260, http://ift.tt/2spOZiA.

Neil Scott Gordon, Colour blindness, Public Health, Volume 112, Issue 2, 1998, Pages 81-84, ISSN 0033-3506, http://dx.doi.org/10.10


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.