RootOfSience

Penemuan baru: “Vaksin” yang dapat mengurangkan tahap kolesterol

Saintis telah berjaya menemui terapi seperti ‘vaksin’ yang dapat melindungi saluran darah daripada pembentukan plak kolesterol apabila kajiannya berjaya dilakukan pada tikus. Kumpulan pengkaji tersebut sekarang ini baru menjalankan fasa percubaan klinikal tahap 1 pada manusia untuk melihat ia mempunyai sebarang kesan sampingan yang teruk ataupun tidak. Pada fasa yang seterusnya barulah keberkesanan dalam menurunkan kolesterol dikaji.

Idea ini mungkin nampak pelik. Ini kerana vaksin selalu digunakan untuk mengelakkan jangkitan kuman seperti virus dan bakteria bukan untuk mengurangkan kolesterol ataupun lemak. Tetapi pengkaji telah menemui bagaimana cara dengan menggunakan sistem imun untuk mengurangkan bacaan kolesterol jahat yang juga dikenali sebagai ‘Lipoprotein kurang tumpat'(Low-density lipoprotein ataupun LDL).

Dalam satu kajian yang di terbitkan oleh ‘European Heart Journal’, pengkaji telah menunjukkan bagaimana ‘vaksin’ tersebut mengajar imun sistem untuk melawan enzim yang cuba membersihkan kolesterol jahat daripada dalam darah.

Enzim yang berkait dengan perkara ini adlaah PCSK9(Proprotein convertase subtilisin/Kexin type 9) dan ‘vaksin’ yang secara langsung mengurangkan enzim tersebut adalah dikenali sebagai AT04A. Sebenarnya sebelum ini sudah ada terapi yang mensasarkan pengurangan enzim ini, tetapi terapi tersebut adalah dengan cara memberikan antibodi daripada luar ke dalam badan untuk melawan enzim tersebut bukan menyuruh badan menghasilkan antibodi sendiri untuk melawan enzim tersebut.

Dalam eksperimen itu, baka tikus yang diujikaji diubahsuai dan diberikan makanan barat untuk menyebabkan kenaikkan paras kolesterol dan penumbuhan plak(artherosclerosis) pada pembuluh darah. AT04A telah mengurangkan bacaan kolesterol sebanyak 53 peratus, kerosakan pada pembuluh darah disebabkan artherosclerosis berkurang pada 64 peratus dan penanda keradangan pada pembuluh darah kurang dengan 21-28 peratus jika dibandingkan dengan tikus yang tidak divaksin

“Pengurangan dalam bacaan kolesterol adalah ketara dan ia berkaitan dengan penghasilan antibodi yang telah diaruh oleh vaksin. Ini menunjukkan antibodi yang terhasil telah menyebabkan penurunan kolesterol dan akhirnya menyebabkan penghasilan plak kolesterol pada saluran darah berkurangan,” kata Dr Gunther Staffler, salah seorang pengkaji vaksin tersebut. “Pada akhir kajian tersebut bacaan antibodi itu masih tinggi. Oleh itu kita boleh andaikan yang bacaan kolesterol akan menurun lagi sama seperti kajian yang telah dibuat sebelum ini.

“Cara pemberian AT04A adalah sama seperti vaksin,” Tambah Dr Staffler. “Perbezaannya dalam vaksin konvesional ia mengaruhkan penghasilan antibodi yang spesifik untuk melawan bakteria ataupun virus. Tetapi AT04A ia mengaruhkan penghasilan antibodi untuk melawan protein yang dihasilkan oleh badan kita sendiri. Ia sebenarnya lebih kepada pendekatan terapi imun jika hendak dibandingkan dengan vaksin.

Ujian keselamatan pada manusia sedang dibuat menggunakan AT04A pada 72 orang. Fasa klinikal tahap 1 ini dijangkakan tamat pada hujung tahun ini.

Istilah sains:

Diaruhkan: Induced(bahasa inggeris)

Sumber:

1. http://ift.tt/2sNRzhd
2. Christine Landlinger Marianne G. Pouwer Claudia Juno José W.A. van der Hoorn Elsbet J. Pieterman J. Wouter Jukema Guenther Staffler. The AT04A vaccine against proprotein convertase subtilisin/kexin type 9 reduces total cholesterol, vascular inflammation, and atherosclerosis in APOE*3Leiden.CETP mice. Eur Heart J ehx260. DOI: http://ift.tt/2t4xd4s

Nota tambahan penulis:

Jika ujikaji ini berjaya nanti, tidaklah ia digunakan untuk semua orang kerana masalah kolesterol ini masih boleh diatasi dengan mengambil sumber permakanan yang betul. Tetapi ia mungkin akan membantu para pesakit yang mempunyai masalah Familial Hypercholesterolemia iaitu salah satu penyakit genetik autosomal dominant dimana orang yang mengalaminya mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi dan mudah untuk kena penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, strok dan sebagainya.

Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, like page kami Root of Science


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.