Sensasi

Bakat Luar Biasa, Tiup Tayar Guna Angin Hidung

Kebiasaannya orang mengisi angin tayar kereta dengan menggunakan pam angin, berbeza pula apa yang dilakukan oleh lelaki dari China ini.

Tong Junhai, 44, mempunyai kehebatan luar biasa iaitu mampu meniup tayar kereta dengan hanya menggunakan hembusan angin daripada lubang hidungnya.

Kemahiran yang dimilikinya itu diketahui umum selepas video aksinya melakukan persembahan pada bulan lalu di Taman Huancheng dekat bandar Xi’an, barat daya China menjadi tular.

Menerusi video itu, Junhai yang berpakaian baju kungfu berwarna merah dilihat menghembuskan angin dari corong hidungnya menggunakan sebatang paip yang disambung pada tiub tayar.

Dalam hanya beberapa minit, Junhai dilihat selesai mengisi angin tayar tersebut menggunakan saluran hidungnya.

Sementara orang ramai yang menyaksikan aksinya itu ternyata mempamerkan riak wajah teruja sejurus melihat kebolehan pelik Junhai.

Ditanya bagaimana dia mampu berbuat sedemikian, Junhai mendakwa dia boleh mengepam angin dengan banyak kerana saiz paru-parunya yang besar.

“Guru pendidikan jasmani saya terkejut apabila mengetahui saya memiliki paru-paru yang besar.

“Apabila sudah tua, saya terfikir untuk melakukan aksi meniup tiub tayar menggunakan hidung seperti yang dilakukan segelintir orang.

“Saya sudah berlatih selama 10 tahun untuk membuat aksi ini,” katanya menurut laporan MailOnline.

The post Bakat Luar Biasa, Tiup Tayar Guna Angin Hidung appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.