Sensasi

11 Rakyat Malaysia Di Korea Utara Terperangkap

11 orang rakyat malaysia terperangkap di Pyongyang, Korea Utara kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ini berlaku selepas Pyongyang bertindak mengharamkan kesemua rakyat Malaysia daripada meninggalkan Korea Utara, mereka berpotensi untuk dijadikan tebusan di tengah-tengah ketegangan krisis diplomatik berhubung pembunuhan Kim Jong Nam, adik beradik tiri pemerintah korea utara Kim Jong Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA2 pada 13 Februari lalu.

Reezal dilapor memberitahu perkara itu kepada pihak media di bangunan parlimen. Mereka yang terperangkap adalah 3 kakitangan kedutaan dan keluarga.

“Mereka telah diminta untuk segera meninggalkan negara itu, tetapi telah dihalang dan kini mereka terperangkap.

“Setakat ini, tiada ancaman terhadap nyawa mereka. Keselamatan mereka sedang dipantau boleh division keselamatan Korea Utara.

“Duta besar dan isterinya sudah pulang, mereka pulang sejak dua minggu lalu,” katanya pada hari Selasa.

Sebarang tindakan selanjutnya oleh Kementerian Luar akan dikemaskini kata Reezal.

Sebagai tindak balas kepada langkah yang diambil oleh Pyongyang, Kerajaan Malaysia dilapor telah mengharamkan kakitangan Kedutaan Korea Utara dan kesemua pegawai-pegawai daripada meninggalkan negara ini.

Hari Isnin lalu, Kerajaan Korea Utara telah mengeluarkan arahan kepada duta besar malaysia di negara itu, Nizan Mohamad untuk meninggalkan negara berkenaan dalam masa 48 jam bermula jam 10 pagi hari Ahad. Bagaimanapun Nizan dilaporkan telah pulang lebih awal ke tanah air.

Tindakan itu disifatkan sebagai ‘balas dendam’ berhubung langkah Kerajaan Malaysia sebelum itu yang mengishtiharkan duta Korea Utara di Malaysia Kang Chol, yang diistiharkan sebagai persona non grata pada 4 Mac lalu, dan diberikan masa selama 48 jam untuk meninggalkan negara kerana gagal untuk hadir selepas dipanggil oleh Wisma Putra.

Kang Chol dilaporkan telah berlepas pulang ke negaranya menaiki pesawat kelas ekonomi.

The post 11 Rakyat Malaysia Di Korea Utara Terperangkap appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.