Dato Vida Bengang Tak Dijemput Ke AJL 31,ok!: Bukan lagi menjadi penaja
utama bagi anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL 31), Datuk Seri
Dr. Hasmiza Othman meluahkan rasa bengang terhadap pihak penganjur
acara terbabit yang tidak menjemput beliau. Tambah mengecewakan dia,
alasan yang diberikan, tiket telah habis.
“Sebagai
bekas penaja, saya sepatutnya diberikan ruang untuk turut menghadiri ke
AJL31 walaupun bukan sebagai penaja utama. Kehadiran saya juga
merupakan salah satu bentuk sokongan kepada industri hiburan tanah air
kita”
“Lagipun
sebelum ini saya sudah banyak membantu merancakan semula industri
dengan menaja pelbagai program hiburan,” katanya kepada Utusan Online
berhubung dengan pihak penganjur yang tidak menjemput beliau ke Anugerah
Juara Lagu (AJL 31).
Terkilan
dengan tindakan penganjur acara itu, Datuk Vida menyifatkan ianya
sebagai tindakan tidak profesional memandangkan beliau merupakan bekas
penaja utama acara itu. Anugerah tersebut disiarkan secara langsung di
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
sumber
rotikaya