Menurut Pertubuhan Kanser Amerika, di dalam sebatang rokok mempunyai 7000 lebih bahan kimia. 70 lebih daripada bahan kimia tersebut adalah menjadi penyebab kepada kanser.
Tetapi
hanya satu sahaja bahan yg menyebabkan ketagihan. Itu lah
Nikotin,Nikotin merupakan salah satu bahan kimia utama di dalam
tembakau. Ia merupakan kompaun yang mendatangkan kesan yang cepat ke
atas badan disebabkan cara pengambilannya iaitu dengan cara menghidu
asap tersebut.
Salah
satu fungsi nikotin adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan
gembira, seronok dan juga gairah. Ini akan membuatkan sesorang itu dapat
lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkerjaan dan lebih kuat
ingatannya.
Umum
mengetahui kesan merokok dapat menyebabkan kanser mulut dan kerusakan
paru paru serta merusak janin wanita yang hamil,seperti mana yang di
alami oleh seorang wanita yang telah 3 kali keguguran karena memiliki
suami perokok.
“Saya
melihat semua keputusan darah isteri dia yang semuanya kelihatan
normal. Scan pun menunjukkan keadaan uterus yang normal.Sepatutnya tiada
masalah bagi dia meneruskan kandungannya.Pandangan aku terhenti bila
melihat kuku suaminya yang kelihatan kekuningan”kata doktor kandungan
yang menceritakan pengalaman ini.
Katanya
setelah ditanya sama ada lelaki itu merokok atau tidak,Lelaki itu
tersentak dan mengaku,ketika itu juga dia diceramah keburukan merokok
sehingga telinganya kemerahan.doktor juga menambah point dalam ceramah
itu, salah satu keburukan merokok adalah ia menjadi penyebab kepada
keguguran.
“Dengar
sahaja penyebab keguguran, isterinya memincingkan matanya lagi tanpa
berkata apa-apa. Seolah-olah seperti Singa betina yang dalam
kelaparan”ujar doktor
Doktor itu melanjutkan cerintanya,katanya setelah 10 bulan ia berjumpa balik pasangan tersebut dengan anaknya yang baru lahir.
Bagaimanapun
katanya pasangan itu mengucapkan terimaksih atas nasihat doktor 10
bulan lalu dan pasangan itu menceritakan pengalamannya selepas berhenti
merokok.
Ini
merupakan salah satu cerita dimana orang lain merokok tetapi orang yang
disekeliling mendapat komplikasi daripada perbuatan mereka.
Saya
pernah melihat isteri yang mendapat kanser paru-paru disebabkan
suaminya perokok. Kanak yang mendapat asma disebabkan bapanya yang
merokok dan banyak lagi.kata doktor tersebut.Rootofscience
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :