Umum

Kelebihan Lesung Pipit Dan Fakta Yang Menarik

kelebihan-lesung-pipit-yang-menarik-selain-comel-cute

Anda ada lesung pipit? Tahukah anda apa itu lesung pipit dan kelebihan lesung pipit ? Sesiapa yang mempunyai lesung pipit seringkali dianggap comel (cute), cantik dan hensem. Sebenarnya lesung pipit ini adalah sejenis kecacatan yang disebabkan otot zygomaticus major yang lebih pendek berbanding kebiasaannya dan disebabkan itulah maka kulit akan tertarik ke dalam dan terjadilah lesung pipit. Lesung pipit juga dikaitkan dengan genetik yang boleh diwarisi iaitu sekiranya ibu bapa atau ahli keluarga mempunyai lesung pipit, maka besar kemungkinan generasi keluarga yang seterusnya juga akan mempunyai lesung pipit.

Jom kita tengok apa kelebihan lesung pipit untuk pengetahuan bersama:
LESUNG PIPIT ADALAH UNIK
Lesung pipit adalah unik. Ini kerana Lesung pipit tidak dimiliki oleh semua orang tetapi cuma sekitar 20% daripada penduduk dunia ini yang memilikinya iaitu anggaran seorang daripada 5 orang memiliki lesung pipit.

MENJADIKAN SESEORANG SENTIASA KELIHATAN MENARIK DAN MENAWAN
Lesung pipit sentiasa membuatkan seseorang itu kelihatan menarik dan menawan. Mereka yang mempunyai lesung pipit selalunya kelihatan happy dan meyakinkan walaupun ketika mereka sedang berhadapan dengan masalah. Ini kerana lesung pipit mereka membantu menyembunyikan masalah mereka daripada pengetahuan orang.

MENJADIKAN SUASANA POSITIF DAN CERIA
Mereka yang mempunyai lesung pipit juga mampu mempengaruhi rakan-rakan atau orang sekelilingnya menjadi ceria dan positif terutama sekali jika melihat senyuman lesung pipit anda. Pendek kata, mereka mempunyai aura positif apabila berada di khalayak ramai.
kelebihan-lesung-pipit-yang-menarik-selain-comel-cute-bergaya
DAYA PENARIK DAN MEMIKAT
Lesung pipit membuatkan anda mempunyai daya penarik dan memikat. Ini memang tidak dinafikan sebab kebanyakan orang yang mempunyai lesung pipit adalah dikategorikan sebagai comel, cantik dan bergaya. Selain itu lesung pipit juga menjadikan pemiliknya kelihatan awet muda dan sentiasa berseri-seri.
Lesung pipit tidak semestinya akan terus kekal pada pemiliknya kerana ada jenis lesung pipit yang bersifat sementara iaitu akan hilang apabila umur semakin meningkat dan juga disebabkan perubahan otot di wajah.

Sekian sahaja entri kelebihan lesung pipit ini, tidak kisahlah sebenarnya sama ada kita mempunyai lesung pipit atau tidak. Sebaiknya kita menerima dan bersyukur sahaja dengan rupa paras kita sejak dilahirkan.



SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.