Berita

Wanita Maut Terkena Renjatan Elektrik Dari Water Heater


SEREMBAN - Seorang wanita maut selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mandi di rumahnya di Seremban 2. 

Lee Xing Ni, 19, yang menuntut di South Korean University, dan sedang menghabiskan cuti semesternya, ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya dalam bilik mandi pada waktu tengah malam. 

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhammad Zaki Harun berkata, mangsa terkena renjatan dari air pemanas mandian (water heater) kira-kira pada jam 11 malam. 

"Terdapat kesan melecur di bahagian sebelah kiri dada dipercayai akibat renjatan tersebut," katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat. Pihak hospital mengesahkan mangsa maut akibat renjatan elektrik. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.