Sensasi

'Saya Disaman MPKB Kerana 2 Gambar Seksi Ini' - Lee


KOTA BHARU - Seorang pemilik kedai jam di Aoen Mall Kota Bharu mendakwa dirinya disaman oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana mempamerkan gambar seksi di premisnya. 

Lee Kum Chuan, memuat naik dua gambar poster dan gambar saman tersebut yang bertarikh 25 Julai, 3.40 petang mencetuskan kritikan negatif rakan-rakannya. Bagaimanapun gambar-gambar itu telah dibuang setelah ia tersebar meluas di media sosial.


Di kesempatan itu, segelintir netizen mengambil kesempatan mempersendakan tindakan MPKB yang didakwa mereka berlagak suci. 

"Ini dah betul-betul tak ada duit ye lobai? Apa kata lobai hantar saman kat Aiswarya tu? Bersimpati dengan tuan kedai," kata katowjo

"Back to the future. Alasan lobai, nanti dapat bala banjir besar kalau tak saman," kata Kecimpret

Bagaimanapun, menurut Nazman Che Iberahim, MPKB bertindak berdasarkan aduan orang ramai. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.