Sensasi

'Perangai Abang² Buat Aku Takut Nak Kahwin'

Gambar hiasan sahaja

Salam guys, aku ada masalah sikit nak share tentang abang-abang aku. Aku adik beradik semua lelaki kecuali aku seorang. Aku anak bongsu, atas aku semuanya abang. 4 orang abang kandung dan seorang abang angkat yang memang dijaga oleh parents aku sejak dari kecil. 

Dua orang abang kandung aku sudah berkahwin, manakala dua lagi belum. Abang-abang aku semuanya belajar tinggi kecuali abang angkat aku yang hanya taraf SPM sahaja. Dari dulu abang-abang kandung aku memang tidak suka dengan abang angkat aku ini. Zaman aku kecil dulu, aku dah puas tengok abang angkat dibelasah oleh abang-abang kandung. Tetapi masalah yang aku nak cerita ini bukanlah tentang mereka bergaduh tetapi sikap abang-abang kandung aku. 

Abang aku yang pertama sudah berkahwin. Kerja gaji besar juga tetapi kakak ipar aku pernah mengadu yang abang aku ini ada perempuan simpanan. Sejauh mana betul itu, wallahu'alam. Tetapi aku pernah curi-curi dengar dia berbual di phone. Tak tahulah dengan siapa tetapi mesra alam semacam. 

Abang aku ini jenis yang panas baran. Senang cerita, memang kelima-lima abang aku ini jenias panas baran. Tetapi aku tak boleh terima apabila abang aku ialah dia tergamak memukul isteri dia. Satu masalah beart adalah abang tidak percaya pada Tuhan. Katanya, apa yang dia kecapi kini bukan rezeki dari Allah tetapi di atas usaha dia. Allah... 

Abang yang kedua pun sudah berkahwin. Dia guru agama, dari oversea juga. Tetapi dia sama juga seperti abang yang pertama, suka marah-marah isteri. Kadang kala aku rasa terhina bila dia hina isteri dia. Walaupun di depan parent aku sendiri, dia boleh kutuk isteri sendiri. 

Dia ada seorang anak berusia 6 tahun. Anak saudara pernah beritahu yang bapa dia selalu menghantar pulang guru tadikanya. Dalam kereta mereka suka pegang-pegang tangan, cium tangan, raba-raba, cakap manja-manja. Tetapi dia tak berani nak cerita pada ibunya kerana bapanya sudah memberikan amaran. 

Abang yang ketiga juga dari oversea. Lifestyle dia agak kebaratan sikit dan masih bujang. Kerjaya dia pun bagus juga, hidup mewah dan ada apartment sendiri. Pernah sekali bila parent aku pergi umrah, aku tinggal berdua dengan dia. Aku terkejut tengok life dia. Selamba teguk arak dan bawa balik perempuan itu adalah perkara biasa. 

Pernah sekali tengah malam, dia balik dalam keadaan mabuk dan perempuan entah mana-mana yang papah dia siap masuk dalam bilik tak keluar-keluar. Masa itu aku benar-benar terkedu. Aku tak rapat sangat dengan abang ketiga jadi aku tak berani nak menegur. Selama tinggal dengannya, ada 2 3 perempuan berlainan pernah ikut dia balik. Tetapi bila di depan aku. dialah yang terbaik. Muak duh!

Abang yang keempat belajar di universiti tempatan saja dalam jurusan agama. Dia agak aktif dalam persatuan dakwah segala bagai. Tetapi sama juga kasanova seperti yang lain. Cuma yang lebih teruk. dia gunakan agama untuk mengorat perempuan. Kebanyakkan perempuan yang menjadi mangsa dia adalah perempuan yang berjurusan agam juga. 

Macam mana aku boleh tahu? Sebab salah seorang kawan aku pernah menjadi mangsanya. Habis madu sepah dibuang. Bagi aku dialah yang paling munafiq sekali. 

Aku pernah saja baca mesej-mesej dia. Semuanya kata-kata lucah. Dia boleh berhubung dengan empat orang perempuan dalam satu masa. Bila kantoi dengan aku, dia puku; dan beri amaran jangan beritahu sesiapa terutamanya parent kitorang. Bagi aku, dalam banyak-banyak anak. dialah yang paling derhaka sekali. Bergaduh dan naik suara dengan parents aku itu semua perkara biasa. Tetapi kalau depan mata dia jadi manusia lain. dialah alim dan warak. Semua berebut na kjadikan dia menantu. 

Abang angkat aku pula lain sikit. Dia tak berpelajaran tinggi tetapi dia sangat hormat dan sayang pada parents aku. Agama dia juga dijaga dengan baik. Selepas SPM. bermacam-macam kerja dia lakukan. Bila dapat gaji, dia mesti akan hulur  sedikit duit pada parents. 

Dia ini dari kecil aku tak pernah tengok dia rapat dengan mana-mana perempuan kecuali aku. Tetapi aku kasihan dengan dia sebab dari kecil dia selalu dibuli dengan abang-abang kandung aku. Selalu dipukul. Dia pun baran juga orangnya. Kadang-kadang dia balas balik pukulan itu.

Klimaks berlaku beberapa tahun lalu, ada satu kejadian berlaku tetapi bukan salah dia. Masa itu teruk sangat dia kena pukul. Segala kata kesat berhamburan. Akhirnya dia pergi membawa diri. Tetapi setiap bulan dia takkan miss bank in duit pada aku dan parents. Dalam banyak-banyak abang, dialah yang paling aku sayang walaupun kami bukan dari rahim yang sama. 

Aku sebenarnya sedih dengan sikap-sikap abang-abang kandung aku. Tetapi aku tak tahu macam mana cara nak tegur mereka. Aku bukan jenis yang hati sado. Kena marah sikit aku dah boleh menangis. Tengok abang angkat kena pukul pun aku boleh meraung. 

Parents pula sudah tua, tidak larat nak handle semua itu. Cuma ego abang-abang aku ini tinggi. Bagi mereka, perempuan seperti tiada nilai. Perempuan seperti baju yang boleh ditukar-tukar sesuka hati. Aku tak tahu mana mereka letak Allah dalam hati mereka sampai sanggup buat bermacam-macam maksiat. Jujur cakap, mereka buat aku takut nak berkahwin. malah tengok muka lelaki pun benci. Yang perempuan pun satu hal, kenapa sanggup diperbodohlkan dan ditipu? 

Aku harap ada yang sudi memberikan idea bagaimana nak menasihatkan abang-abang aku ini. Setakat ini aku hanya mampu berdoa semata-mata. Aku teringin juga nak hidup berkeluarga yang diberkati Allah. - Si Bongsu IIUMC Confessions BM | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.