Sensasi

6 Tahun Menunggu Cahaya Mata, Namun Allah Lebih Menyayanginya


KUANTAN - Seorang jururawat yang mengandung 39 minggu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja untuk syif pagi, Sabtu lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.20 pagi itu, Nurain Muzer, 30, yang menaiki Perodua Viva terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain, Proton Satria di selekoh Kampung Pahang, Sungai Soi, berhampiran masjid. 

Mangsa yang bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, dimaklumkan pada 24 Julai, bahawa bayinya telah meninggal dunia dan terpaksa membuat pembedahan memandangkan kedudukan bayi dalam kandungan songsang. 

Difahamkan, mangsa dan suami telah menunggu selama enam tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, kemalangan tersebut telah meragut nyawa bayi mereka. Selain itu, mangsa berkemungkinan besar tidak boleh mengandung lagi. 

Nurain dan suami

Suami mangsa memaklumkan, isterinya selamat menjalani pembedahan dan kini memerlukan rehat yang secukupnya. 

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Selepas bedah jantung, tekanan darahnya sudah pulih dan cuma perlu berehat untuk masa ini," katanya. 

Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang lemah dan tidak berdaya, Nurain masih sempat bertanyakan tentang keadaan bayi dalam kandungannya. 


Jenazah bayi pasangan terbabit telah selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Sg Soi. - PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.